Monday, January 20, 2014

Trustee




Ketika kamu tetap tersenyum, meskipun merasa sakit...
Ketika kamu tetap memberi, meskipun tak pernah dibalas...

Ketika kamu tetap ceria, meskipun terluka...
Ketika kamu tetap diam, meskipun pedih...

Dan ketika kamu bahagia, meskipun kehilangan....
Di situlah ketulusan hati sedang diuji...

Kesedihan mengajar kita tentang indahnya kebahagiaan...
Seperti juga sakit, mengajar kita tentang nikmatnya sihat...
Dan apabila sakit, Allah SWT yang menyembuhkannya...

Seringkali kita berputus asa tatkala mendapat kesulitan atau dugaan... Padahal Allah SWT telah memberi janji bahawa di sebalik kesulitan ada kemudahan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat..... In Sha Allah...



Low Self- Esteem


 No confidence? Low self esteem? Okay, low self esteem ni bermaksud keyakinan diri yang rendah. Many aspects should be counted on where this alient sickness come from.. Honestly, wabak ni memang ada dalam diri aku.. Tapi alhamdulillah, aku berjaya rawat walaupun tidak pulih sepenuhnya. Dulu  cakap je mesti stuck.. Take a deep breath pun tak lepas- lepas even sentence tu  secoit je. Okay, tu sindrom gagap namanya. Yess, aku tak malu confess aku seorang yang gagap dulu. Semua family members aku risau aku masuk ke alam tadika, takut aku akan dibuli dan lambat dalam pelajaran. Sebabnya aku ni lemah semangat. No doubt! Eit, tak bermakna aku kurang kolestrom aku tak mampu nak overcome that disease.

Aku gelar sindrom tu sebagai penyakit, sebabnya sindrom tu akan pulih kalau kita nak bebas dari kepompong tu. Yess, I prove them wrong. Aku berjaya.. dari kecil aku join macam- macam pertandingan. Aku jadi seorang pelajar yang active. Dari kecil juga aku pupuk sifat berani. Even selalu juga aku tewas, ohh sangat tak best ayat tu, okay repeatation  mara.. haa, baru kena.. Membantu sikit. Aku kerap diberi kesempatan untuk membuat persembahan sampailah nasyid, aku diberi kesempatan untuk pegang mic. Join pertandingan story telling, syarahan, bercerita dan hafazan. Tu stage sekolah rendah. Bila menjejakkan kaki ke alam menengah, aku menyertai bahas ala parlimen dan forum remaja. Aku seringkali spoilkan semangat rakan kumpulan yang lain. Minta maaf, jangan simpan dalam hati or masih lagi berdendam..

 Apapun, senyum tu perawat duka, penawar ketakutan. Pura- pura yakin tu trademark, walhal merapu banyak. Sekarang ni pun sindrom tu masih lagi tersisa, masih berbaki. Sehingga kini pun penyakit gelabah tak bertempat ni masih ada..  Subhanallah.. itu gambaran diri yang sebenar. Aku bukan mahu mendabik dada atau tunjukkan keampuhan diri kepada lawan, tapi kalian harus sedar kita manusia yang serba kekurangan. Judge kekurangan diri untuk perform lebih baik esok. Itu namanya refleksi.. Bagusnya perkara ni, kita boleh nilai dan baiki semula mana yang kurang dalam diri. Hal ini sememangnya penting dalam memperkasakan mentaliti diri ke arah yang lebih gigih dan berwawasan. Jangan terlalu skeptikal dan menolak perubahan.

 Cross over the bridge and decide your destiny.. Allah will help u. Trust me!

Walau baaimanapun, kalian yang menghidap penyakit ini harus bersyukur sebab baiknya penyakit ni ialah kita tidak terlalu confident dengan diri sampai jejaskan performance kita. Takde lah syok sendiri walhal orang pun tak suka. Kita lebih berhati- hati dan tidak bersikap sambil lewa. Lebih cermat dalam membuat sesuatu keputusan tanpa diulangi dengan kegagalan yang sama. Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah yang besar buat kita. Itu hadiah Allah swt, Tuhan yang Esa, pemelihara segala isi langit dan bumi.

Okay, sindrom ni menyerang banyak aspek dalam diri kita. Kira punca kepada penyakit. Haa, kan senang. Puncanya ialah pergaulan yang melibatkan komunikasi, pelajaran, imej yakni penampilan, perhubungan dan sebagainya. Aku terlalu banyak menyerah kalah, tapi pada masa yang sama aku cuba bangkit kembali menapak untuk mencari platform yang sesuai untuk diri yang ampuh ini. Menyerah kalah, tak usah cakap, terlalu banyak kali aku give up sampai tak nampak kelebihan diri, mengalami kemurungan sebab diri tak setanding dengan rakan- rakan yang berjaya. Semua tu dah rasa.

Tapi kita kena yakin bahawa kegagalan hari ini menyebabkan kita bangkit berusaha pada keesokan harinya. Kita menjadi hamba yang bersyukur kerana redha dengan takdir kita serta yakin dengan perancangan Allah yang sangat pasti. Itu adalah ujian. Tuhan uji kita sebab Tuhan tahu kita kuat.. kepada semua, apabila kita berputus asa, kita sebenarnya tak mampu menerima hakikat, tidak redha. Hurm, itu kata- kata dia waktu aku kecundang dulu. Ya Allah kurniakanlah kami semangat yang luar biasa supaya kami kuat untuk menempuh hari- hari mendatang dengan kebahagiaan.

Aku begitu teruja share topic ni sebab nak kalian yang ada sindrom ni buck up, berusaha k. Jadikan kegagalan itu sebagai pemandu kepada kejayaan di hadapan. Failure is a stepping stone for us to perform better and achieve our success. Jangan kalah dan menyerah, sebaliknya maju, terus pacu langkah ke hadapan untuk mengorak kejayaan. Sebagai manusia, perasaan pelbagai yang diraih itu nikmat.. itu adalah lumrah. Jangan mempertikaikan takdir seems no sunshine for u tomorrow. Dont ever! 

Jangan kita lemah, terus layu dan ikut arus yang menghanyutkan. Jangan begitu. Sebaliknya bersyukur, sifat inilah yang membentuk diri kita pada hari ini.. di mana kita berpijak. Ingat tu! Tiada yang salah dengan sikap atau sindrom ini, tapi takut pesakit yang menghidap penyakit ini akan parah sebab tiada perubatan saintifik melainkan terus bangkit melawan dan minta nasihat daripada individu berpengalaman. Sebabnya semakin kita berasa rendah diri, kita sebenarnya terus menerus menghukum diri. Apa kata gilap supaya nampak kelebihan diri yang Allah bagi. Kepada yang lain, jangan berterusan menghukum tapi cuma untuk mendukung. Ingat, kegagalan tu mendidik kita menjadi seorang yang tidak pernah kita duga. Assalamualaikum wbt

DON’T BECOME A FAILURE UNTILL YOU ARE SATISFIED WITH BEING ONE

Friday, January 17, 2014

Childish Character



“Everyone has childish feeling inside them”.


Kanak- kanak sememangnya comel dengan keletah yang tidak pernah terlintas di fikiran. Ada yang lagak hero dengan nakalnya, ada yang ambil pendekatan untuk bermanja, kuat menangis dan yang pasti terlalu banyak characters yang hendak digambarkan.

Seronoknya jadi kanak- kanak, mereka tidak dibebani dengan masalah. Kehidupan mereka penuh dengan keseronokan, warna- warni macam pelangi. Selepas menangis, mereka akan mudah ketawa. Begitu mudah untuk melupakan insiden yang terjadi. Bila bergaduh dengan rakan bermain, akan mudah untuk meminta maaf dan kembali berbaik semula. Mereka juga menganggap cabaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan untuk diterokai..

Okay column kali ini, aku lebih selesa untuk bercerita tentang sikap, yess sikap kita semua. Urm, when we want to do something, we will remember about what we have done before right? Same thing goes to me. Teringat sikap keanak- anakan aku even umur semakin dewasa. Okay, maybe some could think that it’s a stupid act, but it turns to vise versa to me.. I think it’s a wise act actually.. huahaha.. perasan ohh.

Flashback tiga tahun lepas. I cannot remember it very clear. Jam tangan aku stuck. Mybe waktu tu bateri jam aku rosak. Then atas almari kecil where my watch placed, ada jugak jam adik aku yang berumur 6 tahun. Jam dia cantik oh, warna putih, ada gambar ultraman warna merah macam- macam action. Tangan bersilang semuanya ada. Then, bila diacu di tangan, perhh it’s perfect. Memang masuk sangat. Cantik, nipis dan selesa. I think it’s so economic because the shape was so beautiful. Ringan pun ye. Jam pasar malam kot. Lantaklah asalkan tangan ni ada jam. Memang menjadi kebiasaan bila dari kecil ayah train aku untuk pakai jam tangan dan beberapa kali jugak jam aku hilang di sekolah rendah dulu. Bila balik je lari- lari dari ayah sebab khuatir ayah akan tanya jam yang hilang tu.

Okay, then aku pun pakai jam yang super power tu ke sekolah. Dari jauh, tentulah cantik sebab jam tu bewarna terang. Tapi malulah juga, acapkali aku tarik lengan baju sekolah so that kawan- kawan tak perasan. Keesokannya, group discussion. Macam biasa I will turn around my chair untuk berkumpulan dengan rakan berbangsa cina di belakang, memandangkan meja disusun secara dua- dua. Waktu nak bagi explanation, lengan baju aku tersingsing, nampak pula jam ultraman aku. Then dia tanya dengan curious, Syafiqah, kamu pakai jam adik kamu ke, ultraman sambil ketawa. Cit, suara dia yang jelas memang kena bahanlah aku satu kelas.

Sikap aku suka ambil pendekatan mudah.. Main belasah je asalkan aku selesa. Malu, soal tu ketepikan dulu. Asalkan diri anda selesa, itu yang utama. Tentu kalian akan fikir insiden keanak- anakan yang kalian pernah lakukan. Super funny kan? Tapi kadang- kadang waktu tu memang tidak terfikir tindakan kita terserlah kebudak- budakan.

Jelas bila berbicara, tidak mahu kalah, orang lain yang harus mengalah, ikutkan sangat kata hati tanpa maturity, fikir diri diva, super cool ever bla, haa aku directly cakap macam tu sebab aku pun begitu. Psst, rahsia, jangan beritahu siapapun okay. Actually sekarang pun perasaan tu masih ada lagi.. hihi.. agak susah nak kikis. Siapa yang berjaya secara klinikal tu, janganlah kede share tips okay. 

  
 Tapi perasan tak, sikap kebudak- budakan ni jugalah membuatkan kita senang untuk didampingi. Kita mudah untuk bersikap sambil lewa, susah untuk terasa hati dengan kata dan tindakan orang lain. Kita tidak mudah tersinggung dengan kata- kata orang lain. Awesome kan.. hehe.. Nak kata diri awesome malu kan. Teruk betul idea tu. U will buck up even u face a failure. Simply forget the past.. Easy to forgive and forget, but hard to give and take. U’ll be a rebel person because anything is yours, definitely yours. U are not a sharing person. But 1 thing that I cannot deny is the children will like the way u treat them because u have a similar behaviour like them.

However, in paradigm shift, we are going to be mature as human will going through the growing up process. Kadang- kadang ada je orang yang annoy dengan childish character, kata spesies ni gedik tak bertempat, suka tarik perhatian orang. Yeah, It’s up to them to say anything freely.. Malaysia negara demokrasi, mengamalkan kebebasan bersuara.. but sometimes, we need to look at the surrounding. suaikan tingkah laku dengan keadaan. Ada masa kita perlu bersikap serius, tapi ada masa juga kita perlu chill, stay cool.

Kebetulan tadi, aku ke sekolah adik aku yang kecil, abil untuk ambil dana bantuan awal persekolahan. Ayah ada urusan, jadi aku dengan kakak take over duty tu. Seronok sangat. Terlalu lama tinggalkan zaman sekolah rendah. Okay, once step into the school area, ada budak- budak kecil ikut. Comelnya.. Geram betul. Ada yang duduk tanpa tujuan, termenung, berlari- lari, berkejaran, ohh my Gosh.. terlalu comel. Sungguh aku tidak menolak jika dipanggil untuk menjadi guru sandaran di sekolah rendah sebelum kemasukan universiti. Ahahaha.. Nak jadi seorang pendidik yang berbakti.  Maybe it’s quit hard to make them to be more discipline but I think I can handle it myself. Lentur buluh biarlah dari rebungnya. Ada juga yang suka- suka je keluar tanpa pengetahuan guru, bergurau dengan kawan yang sangat melucukan hati. Budak- budak. Hidup mereka sentiasa ceria. Adik aku kata dia pernah dibuli, walhal dia pun sekepala degilnya. Biasalah budak- budak. Nanti, kembali berbaik semula. Waktu di sekolah dulu pun, aku pernah membuli, sekarang turn adik aku pula dibuli. Serve me right.. Jahat lagi kat sekolah dulu.. Lumrah alam.

Hurm geram jugak bila ada yang lagak gangster, keras kepala. Tapi mungkin bagi mereka itu sebahagian dari cara perlindungan atau pengaruh tv. Sebagai seorang guru, peranan guru cuba sedaya upaya untuk membimbing pelajar supaya mereka merasakan sekolah sebagai second home for them. Tempat yang kondusif.

Okay, berbalik pada sikap, kita hendaklah hormati pendirian masing- masing. Jangan sesekali kita tempelak bagaimana sikap atau character seseorang tapi cubalah hormati. Kepada semua kenalan, aku minta maaf sekiranya aku gagal untuk menghormati setiap pandangan atau character kalian. Sometimes, we fail to notice about it. Tapi ingat, kepada diri dan juga rakan- rakan yang membaca, cuba suaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kita tak boleh stick dengan satu sikap, tapi cuba suaikan dengan keadaan setempat. Be wise to manage a life. Kita juga tidak sebagus mana untuk mengkritik sikap seseorang. Jika character yang dibawa rakan tidak sesuai, cubalah untuk beri nasihat dengan penuh berhikmah. Be wise to give an advise. Okay!

There came a time when the risk to remain tight in a bud was more painful than the risk it took to blossom

we cannot tell what may happen to us in the strange medley of life. But we can decide what may happens in us, how we take it, what we do with it- and that's what really counts in the end.
Sunday, January 12, 2014

Eve Members..


FASHIONISTA
WOMEN ARE MORE VALUABLE THAN TREASURES,
MORE PRECIOUS THAN WEALTHY..

Fashion is a general term for a popular style or practice, especially in clothing, footwear, accessories, makeup, body piercing and so on. As a girl or lady, fashion cannot be apart. It’s like a mirror that reflect their image.. It’s undeniable that women like to look fabulous where ever they are. They could do anything to look gorgeous even the process is too hurt. Naturally, the idiom which is very synonim that we heard, ‘beauty is a pain’ always in womens’ mouth. However, as a Muslimah, we have a limitation to look beauty so that we are not be the one of the man victim. We can prevent any form of exploitation towards us. Anyways, simplicity is the best..
  
Honestly, perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik. Cantik ni terlalu subjektif. Jangan terlalu melihat pada personaliti tapi lihat pada hati budi. ‘Beauty in the eyes of the beholder’. Idiom ni betul- betul aku suka. Can u imagine that, kalau individu tu je yang kelihatan cantik, so how about the others. So, idiom ni dah cukup kuat mengingatkan kita bahawa kecantikan tu pada mata yang melihat.. Ada yang melihat kita cantik, tapi ada juga yang melihat kita biasa saje. Nikmat kesihatan itu lebih utama. However, sickness is a reminder that tell happiness inside it, while the healthy is the valuable jewellery. Both are good for us, right? By the way, wajar untuk aku ingatkan di sini, siapa kita nk lihat and judge orang sedemikian rupa? Sudah sempurnakah kita? Kenapa, kalau orang lain ada cacat cela, kita akan gembira. Ya Allah, semua orang dilahirkan cantik, alhamdulillah.. kita jarang bersyukur dengan apa yang kita miliki bukan. Aku juga begitu. Tapi ingatlah bahawa nikmat yang dimiliki pada hari ni mungkin akan lenyap pada hari mendatang kerana kegagalan kita untuk mensyukuri nikmat sedia ada.. Nikmat itu hanyalah pinjaman, kita hendaklah menjaganya dengan sebaik mungkin. Orang yang disable pun mensyukuri segala yang mereka miliki, sedangkan mereka tidak dilahirkan dengan fizikal yang sempurna. Malah mereka juga lebih hebat daripada kita sebab ketabahan mereka untuk survive. Siapapun kita, kita hanyalah hamba kepada-Nya.

Okay, before I centre upon to the priority aspect, fashionista, sekadar untuk berkongsi dengan kalian tentang satu perkara yang mungkin kita alpa. Sedar tidak bahawa diri kita merupakan refleksi dari apa yang kita lihat daripada orang lain. Directly, bila kita melihat individu yang mempunyai kelebihan diri berbanding kita, kita akan bimbang. Tidak suka. Do you notice that you are the one who afraid to compete with others. Bila orang lain mendapat perhatian lebih daripada diri kita, kita akan cemburu. Do u realize that you also want to get the attention too. Then, ada yang jenis suka memuji, nah, individu berkenaan pulak sangat sukakan pujian. Simplekan perjalanan hidup.. Kita nak perfect segala, tapi ingatlah kekurangan itu pelengkap kepada kesempurnaan. Tak semua cita- cita kita kesampaian, kerana arah hembusan angin bukanlah ditentukan oleh sampan. Di sini jelas, kita tiada daya upaya untuk memenuhi kehendak kita, sebab hidup ni telah diaturkan oleh Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. Boleh jadi sesuatu yang kita suka adalah buruk bagi kita dan begitu juga sebaliknya. Percayalah pada ketentuan Ilahi. Pasti sesuatu yang berlaku terdapat hikmah di sebaliknya. One of the way to achieve success is stop dreaming or thinking about the thing we cannot do. Trust Allah, He will suffice everything. Allah is The Almighty. ‘Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful’.    
 
There are two things that we should get rid of, which are depression and trials. However, two things that we need to find, heavenly (prosperity) and pieceful. Tapi kita boleh kuatkan diri kita dengan keyakinan . Tiada yang mustahil di dunia ini. Tawakkal dan berserah kepada Allah. Trust yourself is the dominance to fulfil your day with goodness. That’s a life. Just we are not notice about it. Your character shows your true colour. Everything is depending on our intention, niat.. Antara perjuangan yang paling hebat dalam diri individu adalah perjuangan dalam meletakkan niat yang baik dalam sesuatu perkara. Do not be afraid to stand for what you believe in, even if that means standing alone. 

Sedar tak wahai kaum hawa, ini juga merupakan pengalaman yang dirasa. Sekadar untuk berkongsi. Perempuan ni macam- macam ragam. Naluri yang sukar untuk dijangkakan. Sekejap okay, sekejap dingin. Tapi itu kelebihan kita. Dikurniakan perasaan yang pelbagai. Mudah sensitif, that’s a normal thing.. Tapi alangkah bagusnya kalau kita tidak menurut kata hati. Sebagai seorang perempuan, aku sering gagal untuk kawal perasaan. Tapi ketahuilah bahawa wanita akan lebih cantik dengan sifat iffah iaitu pemaaf. Biasanya marah akan menyapa dulu baru berfikir akan menerjah. Belajarlah untuk menjadi seorang pemaaf agar hidup kita sentiasa tenang. Jika kita ditimpa musibah, bersabarlah, cuz Allah will show us the right way.  Sesungguhnya orang yang bersabar, akan dibalas dengan pahala tanpa hitungan. But we should be well- prepared towards the worst things in our life, then we will get the pieceful soul. Biasakan diri kita hidup dalam ketakutan, lama- lama ketakutan itu sendiri akan takut. Our lifestyle based on our mentality. Allah takkan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Walau bagaimanapun, in sha Allah kita cuba untuk get rid of the bad habit and wrong feeling, then sama- sama kita baiki ke arah yang lebih baik. Bersangka baiklah kerana Allah bersama kita, para malaikat memohon keampunan untuk diri kita dan syurga akan menanti kita. Aku juga pernah jauh tersasar dulu.  Please remember that we cannot be a kind person if we abide by our lust, unless we succeed to train our lust very well. Nafsu tu kuasa penggerak dalam diri seseorang. Jika dimanjakan, ia akan ketagih. Tapi jika dibiarkan, ia akan lupa.

Semuanya bergantung pada diri untuk berubah. Berusaha dan berazamlah untuk berubah, bertawakkal dengan tingkah laku. Nak kekal di takuk lama atau lakukan transformasi. Don’t let the noise of others’ opinion drown out your own inner voice. And the most important is having the courage to follow your heart and intuition. The only thing that stands between you and your dream is the will to try and belief that it is actually possible. Kesihatan hati ialah apabila ia bersih dari penyakit syirik, nifaq dan hasad dengki. Tak usah fikir tentang sesuatu yang kita tidak bermaya. Elok lupakan saje. Sebaliknya focus pada kejayaan kerana dengan itu hati tidak terganggu. Jadikan setiap keputusan yang diambil sebagai usaha untuk mencapai kebahagiaan. Dengan itu setiap cubaan akan membahagiakan. The pain you feel today is the strength you feel tomorrow. For every single challenge encountered, there is opportunity for growth.

Baiklah menyentuh tentang fashion macam- macam yang boleh dibincangkan. Terpulang pada si pemakai untuk memilih busana pilihan. Jadi jangan terlalu boros untuk membeli pakaian pilihan sehingga memudaratkan diri dengan pembaziran. Spesifikasi pakaian juga hendaklah bersandarkan syariat. Okay, terus terang aku juga kerap melanggar attire etiquette based on syarie kerana obsesi terhadap sesuatu pakaian. Bila cantik je nak beli, pattern baru je nk ikut. Follow trend kata orang. Malulah ketinggalan zaman. Aku tak menolak aku juga begini. In sha Allah tidak terlambat untuk berubah. Aku juga tidak menyelar sesiapa. Cuma mengingati diri yang alpa. Kepada wanita yang free hair dan berpakaian apa sekalipun, aku tidak mengetahui apa yang tersirat di hati kamu. Mungkin kamu mahukan perubahan tapi masih belum bersedia. Aku doakan kalian akan dibukakan pintu hati untuk berhijab. Kan lebih manis. Kita sama- sama perbaiki mana yang silap okay. Sama- sama mengingatkan. Manusia memang tak lari dari sifat pelupa. Tuntutan agama kita laksanakan. Tidak mengapa, perlahan- lahan. Changing bit by bit is thousand times better than changing tremendously but not everlasting. Tu yang taknak. In sha Allah, niat yang baik pasti dimakbulkan oleh Allah. Tapi sedarlah wanita yang bijaksana mampu menukar sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. Kebahagiaan pasti muncul setelah kesusahan.

 Hurm, pelik tapi benar. Anything about foods, travelling, animals, fashion and investigation memang aku minat. Project runway di TLC is my favourite programme. Peserta diberi tema untuk design dan jahit sendiri pakaian dengan fabrik pilihan. Menarikkan? Sekarang ni acsessory pulak. We can adapt new fashion design into more islamic attire. At least we have inspiration to create something new on our important date such an engangement or wedding day based on our own fabric choice and pattern create. Ohh, jauh lagi.. dah melalut pulak ke situ. But, trust me, comfirm lebih bermakna.. hihi

Basically, perempuan memang suka kelihatan cantik, bergaya. No doubt. Tapi kini busana muslimah pun dah update. Kita boleh berfashion ikut syariat Islam. Pakaian loose, tak jarang dan labuh. Ramai pereka muda yang dah mula buat pelaburan. Percaturan yang baik tambahan Malaysia merupakan sebuah negara Islam. So, there are many variety of clothes which play with variegated colours, cantik- cantik belaka.. Terpulang kepada kita untuk memilih. Pilihlah dengan bijak. Jadilah pengguna yang bijak.. hoho
Tujuan memilih tajuk ni simple. Sebagai seorang hawa, kita memang suka berhias, tampak cantik. But, we should remember that no perfect happiness in this world, because no one can get everything they want. Tapi jangan sesekali mencederakan diri untuk kelihatan menarik. Islam itu mudah, asalkan bersih, kemas dan menutup aurat itu dah molek dah. Jangan pula kalian menyanggah diri yang kerdil ini tentang post yang dibuat. Kononnya aku post yang baik- baik belaka hakikatnya aku pun sekepala. Aku tak marah. Itu memang hakikatnya. Sebab itu aku berminat untuk ketengahkan tajuk ni.. Tapi sebolehnya janganlah menghukum, tapi cuba untuk mendukung. Sama- sama improve sahabat. No God but Allah swt, indeed I’m included into the inhumane people. Astaghfirullah! It’s sufficient if Allah as a helper for us, and He’s the best protection. Be more gentle than a wind, and higher than the stars in the sky. Orang yang mengasihani akan dikasihi oleh yang Maha Mengasihani.

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari resah dan gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari pelit dan pengecut, dan dari lilitan dan tekanan orang. Ameen!