Friday, January 22, 2016

Bento to Bentley

Bismillah,
Assalamualaikum..


Dalam fasa kenaikan kos sara hidup ni, ramai parents ambil inisiatif menyediakan bekal atau bento sebagai langkah berjimat.

Langkah menyediakan bento bukan je dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malah dapat menjimatkan kewangan ibu bapa (andai bagus praktikalitinya), perbelanjaan wang saku anak- anak serta penyediaan makanan yang lebih nutrisi.

Waktu di pra-U dulu pun, bawa bekal ni semacam rutin, tambahan sibuk mengendalikan perniagaan makanan.. koff koff. Kira serampang dua mata.. Nak dijadikan cerita, blok Tingkatan 6 agak terpisah dengan blok- blok lain. Jadi ramai la kawan- kawan yang manfaatkan peluang untuk berniaga sesama sendiri.

Ada yang bisnes kebab, air botol long- chan, nuget sosej, kerepek dan segala popia, tak ketinggalan *perusahaan kecil nasi goreng cili padi serta bihun dalam bungkusan plastik*.

Memang seronok berniaga kalau dapat sambutan. Budak2 ni pun galak beli sampai dua bungkus sekali untuk sarapan dan waktu rehat. Permintaan yang tinggi membawa kepada penawaran yang tinggi untuk kekalkan harga jualan. Jadi, aku minta ibu tambahkan kuantiti makanan. Kalau ibu rajin, ibu akan buat karipap kentang dan kueh teow goreng. Cikgu pun beli sama.

Kini delegasi perniagaan masih diteruskan oleh adik yang tinggal cuma setahun lagi pembelajaran di sekolah. Betapa aku rindukan saat tu.. Rindukan kawan- kawan yang gila setiap karakternya. Banyak perkara yang dipelajari bukan sahaja dari konten ilmu malah dalam konteks kehidupan. Setiap individu walaupun tak rapat zahirnya, akan aku ingat setiap momen bersama kalian. Terima kasih kerana pernah membahagiakan.. :)

Memori indah yang takkan dilupakan, semahal Bantley malah lebih lagi nilainya dari unsur material. Kini, genap dua tahun kita meninggalkan sekolah. Tiada ingatan lain melainkan titipan doa moga kita dipertemukan dan berbahagia untuk dunia akhirat. Andai diri ini pernah melukakan hati dan perasaan, mohon khabarkan segera untuk aku memohon maaf.

Walau kita berlatar belakangkan faktor yang berbeza, namun penilaian kita sama mahukan perubahan. Bento to Bentley, aku nukilkan buat kalian.
Wednesday, January 20, 2016

Rather Forgetful

Bismillah,
Assalamualaikum..


Lupa is the common thing that happen to me almost everyday.. I don’t know whether the word ‘lupa’ or being forgetful can be defined well with tak sedar diri. I have whimpered so many times previously on the same reasons and it still haunt me recently.. Well, everyone is tied up with a lot of problems whether they are small, big or even bigger to solve.

I forget that Allah never test a soul beyond that it can bear.. When I was in a deep problem, I always forget to look after my faith, easily despair and blame all things around me..  I shall depress too much on it without come out with any solution and could end up with eating or even sleeping which are my preferable and the most favourite things to do so far.  I let myself drown in hardship and feel like the useless creature..

When I cherished my success, I forgot too.. although these two things, successful and failure such a rotation upper and down that will take place in turn. But, I admit that I am a forgetful person. I never learnt from past. Thus, the imperious character will take place of being forgetful when we neglect to put effort to improve ourselves.  Tak sedar diri lebih best untuk bash myself.

 In Islam, every action is considered based on our intention.. So, of being despair why don’t u wipe your tears and buck up to start again and over again. Why u let yourself drown with emotion that totally do not bring any benefits to you.  It is freaking so bad when you simply judge your problem is bigger than your own ability to handle it. Meanwhile, we always been taught that every illness has its cure and same goes to every problem has solution. See! (forget again) However, it will be more terrifying when we neglect the truthful guidance to cry on.

Doa is the super duper powerful essence that bring up your glum spirit. It reminds you that your awaiting tasks are in your hand to create your own journey, either it is dreadful or exhilarated. But, it is more sorrowful when you upset of the worldly problem than weighing about akhirah that has been confirmly stated as the ultimate place to live in. 

-
Kepada sahabat- sahabatku di luar sana, jika anda takut jangan berani- berani. Jika anda berani jangan takut- takut. Lebih banyak gagal lebih banyak kita belajar, asalkan jangan gagal kerana perkara dan masalah yang sama (see T.T). Mengapa harus takut dengan kegagalan kalau kegagalan itu guru yang hebat? Walau bagaimanapun, sentiasa elakkan kegagalan dan janganlah kerana gagal itu guru terbaik, anda jadi seorang yang sengaja cari kegagalan. Kerana anda pasti menghadapi kegagalan walaupun anda berusaha sedaya upaya untuk mengelaknya.  Itu pasti! -  Saiful Nang