Thursday, May 29, 2014

Disreputable =(


"Aib dan dosa". Bertuahlah manusia apabila Allah s.w.t menutupnya. Celakalah mereka apabila Allah membukanya... dan entah berapa juta keaiban diri yang disimpan oleh Allah s.w.t, yang pasti akan dibuka di akhirat kelak.  Bagaimana rasanya di akhirat nanti apabila satu persatu aib dan dosa kita dipaparkan oleh Allah s.w.t nanti??..
-Hana Sofea Ibrahim-
in 13 jam A 380 novel

'Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di atas muka bumi dan Kami adakan bagimu di atas muka bumi itu sumber penghidupan. Amat sedikit bagi kamu yang bersyukur -al A'raf: 10

Perlahan atau laju, cepat atau lambat, berlari atau merangkak, jangan sekali-kali berhenti untuk memperbaiki diri dari khilaf lalu. In shaa Allah, Dia nampak usaha kita. Yakinlah Allah takkan mensia-siakan walau secebis usaha yang kita dilakukan kerana-Nya. Dia begitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Wednesday, May 28, 2014

Paradox ~


Tajuk memang nak gempak tapi writing style hambar jugak..

Assalamualaikum w.b.t.. ^^V

Paradox bermaksud kenyataan yang kelihatan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Ada  isu besar yang berkait dengan tajuk yg dipilih. Ohh yeah!! Have a nice blog walking, btw!

*****************

Alhamdulillah, I feel relief now. Economics interview for University Malaya, last Sunday in JB went well. However, this interview was not for education course.

I was the first interviewee besides the others. Sebab pecahan ikut course applied. UM memang gempak. All courses have interview sessions.. Yeay, I was so thrilled to be the benchmark to the others.. ehh, tipu!! Aku dah,, Ya Allah! Habeslah.. Why I should be the first one.

Nak kata nervous tu, takde lah sangat, sebab ni merupakan my second interview. Before this, i had a quit insipid interview for USM in KL. Haa, that one I was the last interviewee. Memang masak tunggu berjam- jam dan keluar dari perkarangan wisma pukul 6.30 pm.. Huh, peluh besar.

Fortunately, USM and UPU are from different pin numbers. Kalau tak, memang pendidikan tak disenarai pendek lah untuk buat pilihan nanti.. Ngek! --’

Memang agak kalut sebab ingatkan interview in bilingual, sekali 100% in English.. Agak puas hati. Tambahan ketiga- tiga panel tu ialah wanita.. Masing- masing merupakan pensyarah dari fakulti Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan dan Undang- Undang. Ohh, hebatnya mereka.. ><

For this couple of weeks, misunderstood issue happened. Aku tak hadiri pun ujian MeDsi  untuk pendidikan. Ada jugak yang tegur sebab aku tak peka dengan isu penting.

I thought the MeDsi for UPSI only but the truth is the MeDsi for all education courses applied. So, tabah jela.. buat muka seposen dua. --, Aku ni bukannya nak update dengan kawan- kawan. Suka sangat putuskan sendiri. Jadinya, padan muka. Tu pengajaran yang berguna buat diri.

Batu besar hempap kepala.. ehh!
Lain kali, tolong dapatkan maklum balas dari kawan- kawan. Walaupun dah rasa diri tu pro, tapi pendapat dan makluman individu lain sangatlah penting. Er, rasa diri pro tu memang takde lah. Cuma malas nak ambil tahu even untuk diri sendiri. Teruk betul perangai.

Jadi, akhir cerita..
No more interviews I need to attend. JB just wonderful. Thanks to my cousin, Along Siti with her husband, Abang Wan sebab susah payah tolong manage tentative program there untuk aku dengan nizam. Walaupun, ada baby kecil, Humayrah yang comel. Nasib baik Mayra  tak banyak ragam. Nizam pun temu duga Ekonomi jugak.. =)

Btw, kacang pool memang sedap. Ehh! Hahaha :D nanti kalau kalian ke JB, cubalah nikmati kacang pool kt food court Larkin. Comfirm nak lagi.. koff koff. Dijamin tak menyesal! Aii, promote lebih- lebih pulak kan.

Lepas ni bole active blogging. Yela tu. Syok sendiri je kau, pqa macam ramai sangat yang drop by blog ni. Poyo.. Have a blast, may Allah bless.. tata.. ^^

Monday, May 26, 2014

Prejudice


I pray Allah forgives us with all the things that we have said unintentionally or not. (Astaghfirullah)

“ Upholding Islam believe and virtue are really hard but we must keep trying to change our perspective first”


(superficiality prevails in us)
Nafsu memang sukar untuk dikawal. Kata hati gemar melemparkan perspektif buruk kepada individu lain. Lihat sahaja penampilan, gaya pertuturan dan cara pergaulan, kita boleh kenal secara total individu berkenaan. Wajarkah??

Sebenarnya kita khilaf; berasa diri sudah baik dan sempurna


“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan diri dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahagiannya adalah dosa” {12: al Hujarat} Seandainya tuduhan itu tidak betul maka kamu telah melakukan pembohongan yang teruk kepadanya” {Hr Muslim- sahih}


Sekiranya benar dia khilaf, wajarkah kalian terus menghukum tanpa memberi dia peluang untuk baiki kesilapan lalu. Hebat sangatkah kamu, hina sangatkah dia..


Everyone deserves paradise

Justeru, janganlah kita menyangka bekalan amal kita sudah mencukupi dan syurga selayaknya buat kita sehingga kita mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Chance to change

Please give them a chance to make 360 degree rotation to redeem their wrongdoing including yourself. Jika usaha itu bergerak perlahan, tidak mengapa. Doakan semoga lancar perubahannya.

“u will never truly understand something until it actually happens to u”


In fact.. Orang yang amalkan sikap prejudice ni, mereka sebenarnya angkuh. Lupa dengan nikmat pinjaman, kurniaan Pencipta. Mereka rasakan diri gah seolah- olah tiada siapapun boleh menandingi kelebihan yang dimiliki. Nauzubillah!


“When u judge another, u don’t define them, but u define urself”


Justeru, kelebihan individu lain yang mampu mengganggu gugat kestabilan diri dianggap sebagai suatu perkara yang perlu dipersendakan. Khuatir diri tidak tenteram. Seronok dengan kemegahan diri (ujub) lalu melakukan penganiayaan terhadap orang lain.


Fitrah itu biasanya fitnah

Fitrah manusia untuk kelihatan cantik, pintar dan kaya untuk mendapatkan pujian. Selayaknya puji- pujian itu hanya untuk Allah, pemberi nikmat kepada hamba- Nya. Seharusnya panjatkan rasa syukur kepadanya dengan nikmat yang dikecapi. Nikmat berkenaan seharusnya dibalas dengan khidmat bantuan kepada insan yang memerlukan.


Jika dikurniakan harta yang berlebihan, tunaikan zakat dan bersedekah untuk membantu golongan yang memerlukan. Andai kalian memiliki kepintaran yang sedikit maka berkongsilah ilmu Allah itu. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. Jangan lokek kerana setiap yang diusahakan atas sesuatu yang baik adalah saham di akhirat kelak.


Rebellious and forgetful
Hakikatnya manusia itu sering lupa. Nikmat yang diberi terus dinikmati dengan alpa dan megah. Lupakah kamu sesuatu yang dikerjakan akan dihisab, dihitung di akhirat kelak. Nikmat di dunia terus dipelopori, bekalan akhirat terus mati.


Self- reminder.. Aku masih di takuk lama. Berusaha untuk keluar dari najis kejahilan. Bila berjaya bergelut sebentar cuma, aku ditarik dengan kuat agar aku terus terkapai- kapai mencari bantuan.

Jangan hukum tapi terus mendukung. Doakan semoga lancar segala urusan


“nobody is perfect, and nobody deserve to be perfect. Nobody has it easy, everybody has issues. You never know what people are going through. So pause before u start judging, criticizing or mocking others. Everybody is fighting their own unique war. {quotes}


Sikap prejudis ni bahaya, kerana ia melahirkan sifat tidak senang kepada orang lain. Oleh itu, islam anjurkan supaya kita berlapang dada dan berbaik sangka. Semua orang layak mendapatkan syurga. Walaupun kehidupan lalu dia penuh dengan jahiliah.


Sahabat Nabi pun rata-ratanya memiliki jahiliah tersendiri. Saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya sendiri, dan akhirnya digelar al-farouq dan dijanjikan antara 10 sahabat yang akan masuk ke syurga.


Ikrimah antara orang yang paling membenci Rasulullah, sehingga dia pernah berjanji akan membunuh Rasulullah jika terserempak dengan Baginda. Akhirnya gugur syahid sebelum menghembuskan nafasnya, beliau dengan ithar memberikan air kepada sahabat lain yang gugur di dalam Perang.

Amru al-Asr yang juga antara orang yang lantang menentang dakwah Rasulullah di Kota Mekah, malah cuba menghalau sahabat yang lari ke Hudaibiah. Tetapi akhirnya boleh menjadi duta islam ke Mesir ketika zaman pemerintahan Saidina Umar. Malah mampu mengislamkan hampir seluruh orang di Mesir ketika itu. MasyaAllah. [Harmonica Zine]


“To be judged who u were is just unfair, as to be judged butterfly when it still in caterpillar”


Kita sangat mudah untuk menjatuhkan hukum terhadap orang lain


Sunday, May 11, 2014

World Heaven

Praise be to God
I’ve passed through my hectic week successfully. 

Majlis Graduasi: I hate wearing slack with jubah and mortar. Crying in the morning, refuse to go to the event. Dapat perintah berkurung untuk pakai baju korporat which represent our form 6 image, sedangkan hati dah excited nak pakai baju kurung yang ibu jahitkan. Sedih! Sebulan dah plan, but it’s ruined with one warning message from cikgu.. T.T Finally, ramai cakap tampak kemas dgn imej yang begitu. Pujuk hati lettu.. yeah, sememangnya berjaya dipujuk! ^^V

Cognition from the school authority and Ministry of Education

Standing besides my beloved parents, coming as the appreciation for my success in STPM


With ayah ibu and nina’s mom. Nina couldn’t come as she’s studying in Kedah.. miss her badly..

Wearing baju korporat really make me fool.. This sentence I’ve said to my teacher before the event started while my tear's almost pouring down to my cheek. I'm very proud wearing it but I think it’s not suitable at first.. I don't have kain hitam lipat belakang at all. my bad, I’m wrong. It's really suit to be together when I'm wearing slack! 

 Hotlink to --->Tahniah buat Muhammad Nizam bin Roslan selaku pelajar terbaik STPM. Kita berdua berjaya melakar sejarah sekolah, sekaligus menamatkan penantian semua pihak. We did it! 2 Malays born from SMK Seri Tanjong instead of 4 Malays students getting 4.0 flat in Melacca. Alhamdulillah.. Sorry, no photo display.. gambar x jadi.. :(
ehh! baru perasan ada gambar dengan si nizam ni
************************

Human Resource Department, Recron: Being there as a personnel clerk, just unbelievable! Surrounded by the great people make me small, indeed! But the laughing gases occupied the narrow space of the office at the end.. Thanks for ur acceptance,, willing to guide me.. u ols always in my heart. I have finished up my contract successfully! Yeay.. hikhik :D

without miss Lim, Ow, Abg Nual..

Sangat puas,, Syukur alhamdulillah! Keep calm and fighting piqa! Perjuangan baru saje bermula.. masih banyak perancangan yang tertunggak.. Degree, here I come! Perancangan seterusnya bakal dilakar.. Kejayaan akan sentiasa diusahakan, dengan izin-Nya,, in sha Allah! 

Craziness overwhelmed.. hikhok ^^ ..

 *doakan interview USM patik berjalan dengan lancar, and my following interview..
Thursday, May 1, 2014

La Tahzan (don't cry)




We shall certainly test you with fear and hunger, and loss of property, lives, and crops; but give good news to those who are steadfast.
Those who say, when afflicted with a calamity, ‘We belong to God and to Him we shall return.’
These will be given blessings and mercy from their Lord, and it is they who are rightly guided.
[Al-Baqarah 2:155-157]


Assalamualaikum w.b.t

Syukur, Alhamdulillah! Kita masih diberikan ruang untuk meneruskan delegasi besar dan agenda yang tersembunyi dalam diri masing- masing.

Destiny? Bila kita kecil, kita cuma disogok dengan cita- cita duniawi. Perasan tak? Bila besar nanti, jadi doktor, peguam, cikgu or kerjaya professional lain. Itu stage kita kecil dulu. Sehinggakan agenda ini dilihat sebagai fokus utama kita diberikan ruang oleh Maha Pencipta. 

Mungkin aku tidak patut tuduh melulu. Parents aku juga berharap aku menjadi insan yang berjaya duniawi dan akhrawi.. Cuma diri ini masih gagal untuk menguruskan kehidupan yang merangkumi aspek lahiriah dan rohaniah secara padu.

Bagi manusia yang menegakkan agenda sekularisme, kehidupan mereka hanyalah bersandarkan kepada ideologi, materialistik dan hedonisme yang cuma bersifat sementara iaitu tidak kekal. 

Sehinggakan kehidupan singkat ini digunakan untuk berseronok dan dilihat sebagai ibu kepada niat manusia dilahirkan di muka bumi ini. Hakikatnya kehidupan abadi iaitu akhirat, adalah matlamat hakiki.

“Allah doesn’t burden a soul beyond that it can bear”

Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini ya Allah.. Aku cuma ingin meluahkan perasaan yang bercampur yang membuatkan aku keliru. Aku tidak berhak mempersoalkan takdir mahupun mempersendakan kehidupan yang ditetapkan untuk diri yang lemah ini. 

“Giving up something the heart adores, is one of the hardest battle we ever have to fight”

Kecewa, hampa, sedih.. T.T Kenapa aku begitu lemah untuk menerima jalan yang ditetapkan untuk aku. Redha is the best solution for u, piqa my dear self. Alhamdulillah, ini takdirnya.

Tak semua yang kita impikan menjadi milik kita. Barangkali sesuatu yang kamu suka adalah buruk bagi kamu. Allah tidak semestinya beri apa yang kita mahu, tapi Dia pasti beri apa yang kita perlu. 

Agenda duniawi berbaldi- baldi disalurkan oleh air mata. Tapi betapa teruknya diri ini, agenda akhrawi diabaikan. Aspek keduniaan menjadi agenda prioriti. Piqa, what’s wrong with u? Alhamdulillah, entry ni untuk aku bina semula kekuatan diri.  Assalamualaikum..
Thank for dropping by.. jazakumullah!