Monday, May 26, 2014

Prejudice


I pray Allah forgives us with all the things that we have said unintentionally or not. (Astaghfirullah)

“ Upholding Islam believe and virtue are really hard but we must keep trying to change our perspective first”


(superficiality prevails in us)
Nafsu memang sukar untuk dikawal. Kata hati gemar melemparkan perspektif buruk kepada individu lain. Lihat sahaja penampilan, gaya pertuturan dan cara pergaulan, kita boleh kenal secara total individu berkenaan. Wajarkah??

Sebenarnya kita khilaf; berasa diri sudah baik dan sempurna


“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan diri dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahagiannya adalah dosa” {12: al Hujarat} Seandainya tuduhan itu tidak betul maka kamu telah melakukan pembohongan yang teruk kepadanya” {Hr Muslim- sahih}


Sekiranya benar dia khilaf, wajarkah kalian terus menghukum tanpa memberi dia peluang untuk baiki kesilapan lalu. Hebat sangatkah kamu, hina sangatkah dia..


Everyone deserves paradise

Justeru, janganlah kita menyangka bekalan amal kita sudah mencukupi dan syurga selayaknya buat kita sehingga kita mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Chance to change

Please give them a chance to make 360 degree rotation to redeem their wrongdoing including yourself. Jika usaha itu bergerak perlahan, tidak mengapa. Doakan semoga lancar perubahannya.

“u will never truly understand something until it actually happens to u”


In fact.. Orang yang amalkan sikap prejudice ni, mereka sebenarnya angkuh. Lupa dengan nikmat pinjaman, kurniaan Pencipta. Mereka rasakan diri gah seolah- olah tiada siapapun boleh menandingi kelebihan yang dimiliki. Nauzubillah!


“When u judge another, u don’t define them, but u define urself”


Justeru, kelebihan individu lain yang mampu mengganggu gugat kestabilan diri dianggap sebagai suatu perkara yang perlu dipersendakan. Khuatir diri tidak tenteram. Seronok dengan kemegahan diri (ujub) lalu melakukan penganiayaan terhadap orang lain.


Fitrah itu biasanya fitnah

Fitrah manusia untuk kelihatan cantik, pintar dan kaya untuk mendapatkan pujian. Selayaknya puji- pujian itu hanya untuk Allah, pemberi nikmat kepada hamba- Nya. Seharusnya panjatkan rasa syukur kepadanya dengan nikmat yang dikecapi. Nikmat berkenaan seharusnya dibalas dengan khidmat bantuan kepada insan yang memerlukan.


Jika dikurniakan harta yang berlebihan, tunaikan zakat dan bersedekah untuk membantu golongan yang memerlukan. Andai kalian memiliki kepintaran yang sedikit maka berkongsilah ilmu Allah itu. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. Jangan lokek kerana setiap yang diusahakan atas sesuatu yang baik adalah saham di akhirat kelak.


Rebellious and forgetful
Hakikatnya manusia itu sering lupa. Nikmat yang diberi terus dinikmati dengan alpa dan megah. Lupakah kamu sesuatu yang dikerjakan akan dihisab, dihitung di akhirat kelak. Nikmat di dunia terus dipelopori, bekalan akhirat terus mati.


Self- reminder.. Aku masih di takuk lama. Berusaha untuk keluar dari najis kejahilan. Bila berjaya bergelut sebentar cuma, aku ditarik dengan kuat agar aku terus terkapai- kapai mencari bantuan.

Jangan hukum tapi terus mendukung. Doakan semoga lancar segala urusan


“nobody is perfect, and nobody deserve to be perfect. Nobody has it easy, everybody has issues. You never know what people are going through. So pause before u start judging, criticizing or mocking others. Everybody is fighting their own unique war. {quotes}


Sikap prejudis ni bahaya, kerana ia melahirkan sifat tidak senang kepada orang lain. Oleh itu, islam anjurkan supaya kita berlapang dada dan berbaik sangka. Semua orang layak mendapatkan syurga. Walaupun kehidupan lalu dia penuh dengan jahiliah.


Sahabat Nabi pun rata-ratanya memiliki jahiliah tersendiri. Saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya sendiri, dan akhirnya digelar al-farouq dan dijanjikan antara 10 sahabat yang akan masuk ke syurga.


Ikrimah antara orang yang paling membenci Rasulullah, sehingga dia pernah berjanji akan membunuh Rasulullah jika terserempak dengan Baginda. Akhirnya gugur syahid sebelum menghembuskan nafasnya, beliau dengan ithar memberikan air kepada sahabat lain yang gugur di dalam Perang.

Amru al-Asr yang juga antara orang yang lantang menentang dakwah Rasulullah di Kota Mekah, malah cuba menghalau sahabat yang lari ke Hudaibiah. Tetapi akhirnya boleh menjadi duta islam ke Mesir ketika zaman pemerintahan Saidina Umar. Malah mampu mengislamkan hampir seluruh orang di Mesir ketika itu. MasyaAllah. [Harmonica Zine]


“To be judged who u were is just unfair, as to be judged butterfly when it still in caterpillar”


Kita sangat mudah untuk menjatuhkan hukum terhadap orang lain


0 comments:

Post a Comment