Friday, June 20, 2014

GST ohh GST


Correct me if I’m wrong. This post is based on my knowledge and economics factuals from variety of references. It’s a long post basically about economics. You have been warned. Bring plastic along, afraid of vomiting due to headache. We need to travel a very long journey :)

Anyways, there are many pros and cons when GST imposed to the nation.


Apa itu GST??
GST merupakan sejenis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax, GST). GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (value added tax) yang dikenakan oleh kerajaan kepada peniaga pada semua peringkat rantaian, baik daripada pengilang (miller) sehinggalah kepada peruncit (retailer).

GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli. GST bukan suatu perkara baru kerana indikator ini sudah lama dipraktikkan tetapi kita sebagai pengguna tidak menyedari kewujudan cukai ini.. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax, SST) merupakan mekanisme cukai asal sebelum GST diperkenalkan. Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and Services tax (GST).

Kerajaan mencadangkan cukai jualan (Sales Tax), 5% dan cukai perkhidmatan (Service Tax), 10% dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST. SST dikenakan kepada pengilang barangan dengan cukai jualan majoriti sebanyak 10%.

Namun, nilai SST itu hanya dikenakan terhadap pengilang iaitu harga dari pengilang kepada pemborong primer atau pertama. Apabila rantaian pengagihan barangan dilakukan terhadap pemborong kedua hingga seterusnya, tidak ada lagi cukai yang dikenakan berbeza dengan pelaksanaan GST yang mengenakan cukai dalam setiap rantaian pengagihan.

Walau bagaimanapun, GST menguntungkan syarikat- syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang dikeluarkan masih belum terjual. Peniaga boleh menuntut balik geran yang ditawarkan daripada  pihak kerajaan tetapi harga barangan yang akhirnya sampai ke tangan pengguna akan menjadi lebih mahal kerana barangan telah melalui beberapa peringkat cukai yang telah dilaksanakan sebelum ini. 

Hal ini sudah pastinya berlaku peningkatan kos pengeluaran kerana peniaga ingin memindahkan beban yang ditanggung kepada pengguna. Harga barang berisiko naik secara mendadak. Inflasi berpotensi berlaku.


Spesifikasinya lagi ialah inflasi tolakan kos, iaitu proses di mana kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Kenaikan kos pengeluaran berlaku akibat daripada kenaikan bahan mentah dan upah buruh.

I’m of the opinion that the opposite party tidak akan menghentam (bash) sebarangan terhadap usul yang baik. Mereka praktikal untuk membantu kerajaan demi melahirkan Malaysia yang lebih baik. Minta maaf, bukan mahu berdakyah. Aku neutral, sokong mana yang baik untuk kesejahteraan rakyat. (umur pun belum cukup nak mengundi tahu).  - -’

In Fact..
Menurut Rafizi Ramli merangkap Pengarah Strategi PKR, penerangan yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menggambarkan pelaksanaan GST, akan berlaku penurunan yang banyak sedangkan SST yang kononnya dikenakan sebanyak 16% akan menjadi 6% apabila GST diperkenalkan. Ia diulang- ulang seolah- olah berlaku penurunan kadar cukai yang tinggi, itu ternyata tidak betul.

Tetapi pelaksanaan GST ni seperti menafikan hak golongan bawahan sehingga kami diberi layanan yang sama rata dengan golongan yang kaya raya untuk membayar cukai yang sama. Di manakah kewajarannya?? True indeed, cukai yang dikenakan terhadap barang yang dibeli. Tapi majoriti keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai tanggugan yang ramai sekiranya hendak dibandingkan dengan orang yang kaya raya. Heh!!

Berapa ramai yang mengelak daripada membayar cukai dan isytiharkan harta yang sedikit supaya pengenaan cukai pendapatan mereka adalah rendah, kebiasaannya isu ni melibatkan para peniaga yang kaya raya. Sebilangan besar rakyat Malaysia tidak menjelaskan cukai pendapatan. Kerajaan rugi besar dalam sudut itu. Cukai yang dipungut adalah untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Fungsi cukai lansung yang terdiri daripada komponen cukai pendapatan penseorangan dan cukai pendapatan syarikat digunakan untuk pembiayaan perbelanjaan kerajaan seterusnya merapatkan jurang agihan pendapat masyarakat. Cukai  yang dikenakan berperanan sebagai suatu mekanisme agihan pendapatan di mana  yang kaya akan menanggung yang miskin.

Pro GST>>
GST tetap ada kebaikan dia.. GST dapat atasi masalah rakyat mengelak dari membayar cukai yang berlaku dalam SST. SST tidak cekap dari segi kutipan dan pengurusan. Berlaku banyak penipuan dan ramai individu lari dari membayar cukai. Itu sememangnya berlaku.

Pelaksanaan GST mampu merekodkan setiap pembelian kerana sistem ini diaplikasi terus menggunakan sistem komputer. Jadi tiada seorang pun yang terlepas dari membayar cukai.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan terdapat isu-isu harga pindahan berlaku.

GST bakal dilaksanakan pada April tahun hadapan yang dimulakan dengan kadar 6%. Kadar tersebut adalah paling rendah sekiranya hendak dibandingkan dengan negara maju sehingga 21% seperti Norway. Err, tu status negara maju. But, it’s possible jugak kan.

Apabila GST dilaksanakan, hanya 10% barangan dan perkhidmatan sahaja yang berlaku kenaikan harga, manakala 40% pula berlaku penurunan harga dan 50% lagi adalah remain, tidak berubah. GST bukan sahaja cukai barang dan perkhidmatan malah GST turut dikenali sebagai cukai kepenggunaan.

Masih banyak barang yang diberikan pengecualian seperti barang asas isi rumah iaitu minyak dan beras, malah terdapat juga perkhidmatan kerajaan seperti sekolah, hospital dan perumahan yang dikecualikan daripada membayar cukai.

tak detail lansung karikatur ni. ramai kompius lagi!

Sharp perspective (jatuh cinta dgn ulasan beliau)
Dipetik daripada ulasan Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful, “secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing. Tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. Perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar".

"Walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif".

Menurut beliau lagi "Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan. Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya. Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk penjara".

"Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan".

P/S: Dengan harapan, penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada pembaca yang merupakan consumer iaitu pengguna juga. Sekiranya terdapat kesilapan fakta, janganlah sue saya. Saya budak baru belajar. Niat saya baik tau, supaya kita faham apa itu GST. Ekeke :D entry ini sekadar pendapat dan berlaku sedikit pengolahan daripada sumber- sumber interaktif.

I’ve been called to share this kind of knowledge because of my ignorance about this hot issue before. I do research and finally I can understand quit well about it. I lead the way with posting this entry so that all of you are not distracted anymore. Okay?
Sunday, June 1, 2014

Little Rambling

Happy 23th Anniversary to my beloved parents. 

Ya Allah, give my parents good health, a long life, and keep them safe..

My dua' never ended to u two.. Thanks ayah ibu for raise me with love and full of commitment. Despite I still fail to be a good daughter, I will never stop improving myself to make both of u proud of me, here and hereafter.. May Allah showers u two with blessing.

Love our parents. We are so busy growing up, we often forget they are also growing old.. Absolutely my  love towards them cannot be described by those beautiful words unless  with a sincere dua' to them.  in shaa Allah, I will treat u with more loving care after this. The most important thing in this world is to see my parents smiling and knowing that I am the reason behind that smile.. :)

True indeed.. Islam is the way of life.. Islam is holistic and practical to be practiced by all over peoples in the world. Dear Parents, it's important for you to try to have an open dialogue and honest communication with your children. Please do talk to them about issues they are facing. It's important to touch base on what's facing the youth nowadays.. This is the way my parents implement their knowledges to raise me even I always ignore their words before.  please forgive me, ayah ibu! i'm a sinful daughter. Dear child, please listen to your parents advice..