Saturday, March 15, 2014

PRAY4MH370



The massive air and sea search enter a week now failing to find any trace of the jetliner”




Remember that every single thing happens has been decided by the Almighty God.
Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan untuk menemui semula pesawat MH370 yang hilang. Apa-apa pun tak mustahil dengan kuasa dan iradatNya. Kita berdoa dan tawakkallah. InshaAllah banyak ibrah yang boleh kita ambil dari peristiwa ni. Haadza min fadhli rabbi."


Ya Allah, jadikanlah insiden ini sebagai asbab kepada kami untuk kembali kepada-Mu. I couldn’t say anything.. It’s a tragic incident that might make everyone’s crying and realize 1 thing that all of us will die someday.. So, together we keep praying for all the victims and pray for ourselves too so that we will be invited by Him in  khusnul khatimah which is in a good condition, and away from suul khatimah which is in bad condition.. together we are. in sha Allah!


# To the family of the air craft victims, never stop praying and be positive (redha) as Allah s.w.t has tested your iman.  (maka beruntunglah orang- orang yang bersabar)
Even though we're still not getting any clues about the missing air craft, we always pray for the ultimate series that bring to the happiness.. ameen

>>kami menanti dengan penuh harapan yang menggunung tinggi<< :'(
Tuesday, March 4, 2014

Sufficient



Tidak perlu memiliki segalanya untuk menjadi bahagia
cukup jadikan apa yang sudah kita miliki
 sebagai alasan untuk bahagia

“Lihatlah orang yang berada di bawah kalian
 dan jangan melihat orang yang di atas kalian
kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas
untuk kalian tidak meremehkan nikmat 
yang Allah limpahkan kepada kalian.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


“aku melihat penderitaan dalam mata mereka,
tetapi mereka membalas dengan pandangan yang penuh
dengan sirna pengharapan yang membahagiakan”


“Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
serta hendaklah kamu mengagungkan Allah
 atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,
supaya kamu bersyukur.”
(QS. Al-Baqarah : 185)


Aku terpukul, sesak dada menahan air mata..
insaf bila memikirkan kecekalan mereka
adakah rasa indah ini akan bertahan
(kelazimannya aku gagal)


Mereka insan hebat!
ikhlas hati dengan jalan yang dilalui
aku kagum sendiri T.T
lantas, bersyukur dengan nikmat
yang dikecapi pada hari ini


“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolong kepada Allah, janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,”kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Sunday, March 2, 2014

Willing!


“Redha itu pasrah, Pasrah itu menyerah”
Kesanggupan individu dalam menggapai sesuatu yang
dihajati itu suatu fenomena yang lumrah.
Namun, usaha gigih dan berterusan itu yang mengklasifikasikan
 kesanggupan individu berkenaan sama ada menjadi biasa atau luar biasa.
Cetusan daripada pengalaman yang dilalui sekadar untuk berkongsi.
Allah itu ada! Justeru itu, serahkan sebahagian pengharapan
 yang menggunung tinggi kepada- Nya.
Agar kita tidak terus berkelana,
 bersedihan apabila diuji dengan kehilangan.

“beruntungnya kita masih Islam”
Erti kesanggupan menjadi teman 
Hidup ini merupakan perjuangan.
Andai tersungkur bersegeralah bangkit sekalipun bertahan.
 Minta dipinjamkan sedikit kekuatan.
Namun, insan- insan yang mendambakan kasih
 masih mencari- cari sirna kebahagian.

“Mereka bukan seorang Islam!” T_T
Adakah hidup mereka akan menjadi sia- sia
 untuk kehidupan sekarang dan akan datang.
Bersama- sama kita mendoakan untuk
guru- guru, rakan taulan, jiran tetangga mahupun kenalan jauh.
Agar dibukakan pintu hati untuk
menerima hidayah Allah.

“Hidayah itu milik Allah”
Bagaimana kasihku kepada mereka,
hanyalah terbatas sebagai kasih kepada manusia.
Tidak, tidak akan lebih daripada itu.
Ayuh kita mendoakan agar
kasih itu terus bercambah.

 Menilai Hakikat
“Barangsiapa yang Allah kehendaki,
maka akan diberikan kepadanya petunjuk,
nescaya Dia akan melapangkan dadanya
untuk (memeluk agama) Islam.
dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya
nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,
seolah-olah ia sedang mendaki langit.
Begitulah Allah menimpakan seksa kepada
orang-orang yang tidak beriman.”
 (QS. Al-An’am : 125)


Small Turnado as A Hint



Turnado atau puting beliung ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus iaitu awan yang padat. Turnado sering melanda kebanyakan negara di Eropah. Tapi kejadian ini bukan di Barat, sebaliknya berlaku di sebuah pinggir bandar, di selatan sebuah negara yang terletak di kawasan geostrategik which is Malaysia. Hehe, saje je nak gempak. Kejadian ni lebih tepat lagi berlaku di dalam kawasan sekolah dalam daerah Tanjong Kling, Melaka. Exactly, SMK Seri Tanjong iaitu sekolah patik. Okay, sabar. Jangan ribut- ribut, just a small turnado happened last year. Yeah, jatuh pada tarikh yang sama dengan aku post entry ni.

Alhamdulillah, tiada sebarang kemusnahan prasarana mahupun nahas korban yang terlibat. Turnado kecil je. Jangan khuatir sangat. Jatuh pada hari Jumaat. Kisah benar. Pengalaman yang aku lalui. Harap kalian ambil iktibar. Tamat P&P, pelajar mula mengatur langkah untuk memilih haluan masing- masing. Aku seperti biasa, lalu padang, memandangkan blok PPU iaitu blok tingkatan 6 begitu dekat dengan kawasan padang. Plus, my housing area are heading to the backstreet.

Waktu tu, padang ketandusan air dan mengalami kekeringan. Rumput- rumput terkena sesumpah, semua jadi kering kekuningan. Cuaca pada waktu tu sangat kering dan berangin. Sama dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Kita dikejutkan dengan catuan bekalan air. Masing- masing mengeluh. Kuasa Tuhan hendak menguji rakyat Malaysia. Aku harus bersegera sebab aku masih belum pack barang- barang untuk ke kem kepimpinan pada petang tu.

Aku mengorak langkah keluar untuk menuju ke gate belakang. Sewaktu aku meninggalkan jejakku di belakang, pusaran angin kecil tak menjadi sedang bermain- main. Aku tersenyum lantas memuji keunikan fenomena comel tu. Terasa berada di Egypt pulak ada ribut pasir kecil, tapi mini je lah versi newbie, nope feotus version. Then angin menjadi semakin kencang. Pusaran angin tadi semakin laju dan terus laju membawa plastik sampah dan dedaun kering yang menghala ke arah yang tidak tentu. Ya Allah, fenomena yang tidak pernah terlintas di fikiran. Aku ketakutan kerana cuma aku sahaja yang berada di tengah padang. Pusaran angin tu semakin aggresif dan membesar. Aku mencari kelibat pelajar lain. Allah, cuma aku seorang di tengah padang tu terpinga pinga.

Ada segelintir pelajar sudahpun keluar dari perkarangan sekolah dan rakan- rakan lain masih jauh tinggal di belakang, baru menapak keluar dari blok. Kenapa aku begitu awal. Aku sememangnya seorang yang suka bersegera. Aku tidak tahu mana yang harus aku tuju. Debu- debu berterbangan sudah mula menghampiri. Sungguh aku mahu menangis kerana ketakutan, tambahan aku malu kerana aku begitu yakin dan pasti ada sesuatu yang aku lakukan mendapat balasan yang setimpal dan segera. Is it karma? Bukan karma tapi balasan Allah.

Aku berlari anak tanpa dapat berfikir waras. Tetapi pusaran angin itu mengikuti. Subhanallah! Aku begitu takut. Seluruh badanku mengeletar. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah, rintihku dalam hati. Aku serahkan semuanya kepada Allah, yang maha mengetahui. Akhirnya pusaran angin tu menghala ke arah blok yang tinggi dan tiada lagi. Kawan- kawan berlari mendapatkan aku. Mereka begitu khuatir. Ada juga pelajar- pelajar junior dari blok lain perasan dengan insiden tu, mereka juga cemas.

Sepanjang jalan aku muhasabah, cari kekuatan. Kenapa mesti aku? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiran. Ye, mungkin engkau ada berbuat silap dan angkuh, ingkar untuk meminta ampun kepada-Nya. Tapi sepanjang hari ni, tiada pula, mungkin insiden- insiden lepas barangkali. Alhamdulillah, aku terpilih untuk menikmati keindahan insiden itu. Betapa besarnya keangungan-Mu. Terima kasih ya Allah, Engkau telah menyedarkan aku dari terus dibuai mimpi dunia.

Setibanya di rumah, aku terus berlari mendapatkan ibu. Aku cerita insiden yang menimpa diriku dari A-Z, awal sampai akhir sambil menangis. Ibu beri nasihat supaya lebih berhati- hati and seek for His forgiveness. Kadang- kadang kita tidak perasan dosa yang kita lakukan. Tapi jauh jahilnya aku, aku menyedari setiap perbuatan terkutuk yang aku lakukan. Aku dalam keadaan sedar setiap perkara yang aku lakukan walaupun perkara tu salah dan tidak menguntungkan.

Ahh, teruknya sikap hamba-Mu ini, ya Allah.. ampunilah aku ya Allah. Aku sering mengabaikan-Mu dan tidak meletakkan Engkau di tempat yang selayaknya dan utama dalam setiap tindakanku. Murnikanlah niatku dalam segala tindakan, semoga niat aku ikhlas, bersih semata- mata kerana-Mu. Sentosakanlah ketakutanku dan segala rusuhan yang bergelora dalam jiwaku ini ya Allah. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpahkan kurniaan yang tidak ternilai, pemberi nikmat. Terima kasih ya Rabb!