Sunday, March 2, 2014

Small Turnado as A Hint



Turnado atau puting beliung ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus iaitu awan yang padat. Turnado sering melanda kebanyakan negara di Eropah. Tapi kejadian ini bukan di Barat, sebaliknya berlaku di sebuah pinggir bandar, di selatan sebuah negara yang terletak di kawasan geostrategik which is Malaysia. Hehe, saje je nak gempak. Kejadian ni lebih tepat lagi berlaku di dalam kawasan sekolah dalam daerah Tanjong Kling, Melaka. Exactly, SMK Seri Tanjong iaitu sekolah patik. Okay, sabar. Jangan ribut- ribut, just a small turnado happened last year. Yeah, jatuh pada tarikh yang sama dengan aku post entry ni.

Alhamdulillah, tiada sebarang kemusnahan prasarana mahupun nahas korban yang terlibat. Turnado kecil je. Jangan khuatir sangat. Jatuh pada hari Jumaat. Kisah benar. Pengalaman yang aku lalui. Harap kalian ambil iktibar. Tamat P&P, pelajar mula mengatur langkah untuk memilih haluan masing- masing. Aku seperti biasa, lalu padang, memandangkan blok PPU iaitu blok tingkatan 6 begitu dekat dengan kawasan padang. Plus, my housing area are heading to the backstreet.

Waktu tu, padang ketandusan air dan mengalami kekeringan. Rumput- rumput terkena sesumpah, semua jadi kering kekuningan. Cuaca pada waktu tu sangat kering dan berangin. Sama dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Kita dikejutkan dengan catuan bekalan air. Masing- masing mengeluh. Kuasa Tuhan hendak menguji rakyat Malaysia. Aku harus bersegera sebab aku masih belum pack barang- barang untuk ke kem kepimpinan pada petang tu.

Aku mengorak langkah keluar untuk menuju ke gate belakang. Sewaktu aku meninggalkan jejakku di belakang, pusaran angin kecil tak menjadi sedang bermain- main. Aku tersenyum lantas memuji keunikan fenomena comel tu. Terasa berada di Egypt pulak ada ribut pasir kecil, tapi mini je lah versi newbie, nope feotus version. Then angin menjadi semakin kencang. Pusaran angin tadi semakin laju dan terus laju membawa plastik sampah dan dedaun kering yang menghala ke arah yang tidak tentu. Ya Allah, fenomena yang tidak pernah terlintas di fikiran. Aku ketakutan kerana cuma aku sahaja yang berada di tengah padang. Pusaran angin tu semakin aggresif dan membesar. Aku mencari kelibat pelajar lain. Allah, cuma aku seorang di tengah padang tu terpinga pinga.

Ada segelintir pelajar sudahpun keluar dari perkarangan sekolah dan rakan- rakan lain masih jauh tinggal di belakang, baru menapak keluar dari blok. Kenapa aku begitu awal. Aku sememangnya seorang yang suka bersegera. Aku tidak tahu mana yang harus aku tuju. Debu- debu berterbangan sudah mula menghampiri. Sungguh aku mahu menangis kerana ketakutan, tambahan aku malu kerana aku begitu yakin dan pasti ada sesuatu yang aku lakukan mendapat balasan yang setimpal dan segera. Is it karma? Bukan karma tapi balasan Allah.

Aku berlari anak tanpa dapat berfikir waras. Tetapi pusaran angin itu mengikuti. Subhanallah! Aku begitu takut. Seluruh badanku mengeletar. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah, rintihku dalam hati. Aku serahkan semuanya kepada Allah, yang maha mengetahui. Akhirnya pusaran angin tu menghala ke arah blok yang tinggi dan tiada lagi. Kawan- kawan berlari mendapatkan aku. Mereka begitu khuatir. Ada juga pelajar- pelajar junior dari blok lain perasan dengan insiden tu, mereka juga cemas.

Sepanjang jalan aku muhasabah, cari kekuatan. Kenapa mesti aku? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiran. Ye, mungkin engkau ada berbuat silap dan angkuh, ingkar untuk meminta ampun kepada-Nya. Tapi sepanjang hari ni, tiada pula, mungkin insiden- insiden lepas barangkali. Alhamdulillah, aku terpilih untuk menikmati keindahan insiden itu. Betapa besarnya keangungan-Mu. Terima kasih ya Allah, Engkau telah menyedarkan aku dari terus dibuai mimpi dunia.

Setibanya di rumah, aku terus berlari mendapatkan ibu. Aku cerita insiden yang menimpa diriku dari A-Z, awal sampai akhir sambil menangis. Ibu beri nasihat supaya lebih berhati- hati and seek for His forgiveness. Kadang- kadang kita tidak perasan dosa yang kita lakukan. Tapi jauh jahilnya aku, aku menyedari setiap perbuatan terkutuk yang aku lakukan. Aku dalam keadaan sedar setiap perkara yang aku lakukan walaupun perkara tu salah dan tidak menguntungkan.

Ahh, teruknya sikap hamba-Mu ini, ya Allah.. ampunilah aku ya Allah. Aku sering mengabaikan-Mu dan tidak meletakkan Engkau di tempat yang selayaknya dan utama dalam setiap tindakanku. Murnikanlah niatku dalam segala tindakan, semoga niat aku ikhlas, bersih semata- mata kerana-Mu. Sentosakanlah ketakutanku dan segala rusuhan yang bergelora dalam jiwaku ini ya Allah. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpahkan kurniaan yang tidak ternilai, pemberi nikmat. Terima kasih ya Rabb!  

0 comments:

Post a Comment