Wednesday, October 22, 2014

Wake up Call

[ISU I WANT TOUCH A DOG]

Kehangatan isu I want touch a dog masih segar diviralkan di media sosial mahupun di akhbar tempatan. Satu isu yang menjadi perhatian umum lebih-ii lagi apabila ia melibatkan sensitiviti umat islam di Malaysia. Penganjur berkata acara ini diadakan bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Islam itu agama yang penuh kasih sayang. Islam tidak mengajar kita membenci makhluk-Nya seperti anjing, apatah lagi menzalimi mereka. Sikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas anjing. Bersikap Ihsan bukan bermakna kita perlu membelai, peluk, cium anjing tersebut seperti mana binatang peliharaan lain seperti kucing. Kita boleh membuktikan sifat belas kasihan itu dengan memberi makan atau merawatnya apabila sakit.

Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Lihatlah, betapa Islam menilainya sebagai satu perbuatan yang baik memberi makan dan minum kepada anjing. Jadi, Islam tidak membenci anjing dan tidak melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan tetapi haruslah dengan cara yang betul dan tidak mungundang fitnah.

Sahabat yang dikasihi sekalian,
Disini dikongsikan hukum menyentuh/memegang anjing. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Bagi umat Islam,tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Ini berdasarkan hadis: [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut: Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang sesuatu program yang diragui hukum hakamnya. Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.

Jadi, tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen secara terb
uka adalah tidak wajar. Meskipun objektif program tersebut terselit nilai murni namun cara dan pendekatannya tidak sentsitif terhadap pegangan agama. Bagaimanapun, soal untuk menghilangkan rasa takut atau ‘skeptical’ sesetengah orang terhadap anjing bukan perkara yang utama. Apa yang lebih penting untuk ditekankan adalah kasih sayang kepada binatang, dan penekanan perintah agama supaya berlaku baik kepada setiap makhluk ciptaanNya termasuk haiwan.
Waalahua’alam. -PMI USM

Wednesday, October 8, 2014

Salam Aidil Adha

short and sweet reminder

Many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter? -by Yasmin Mohaged