Tuesday, July 28, 2015

Sannah Helwah, Ibu!

Bismillah, Assalamualaikum..


Hari ni genap usia ibu menginjak ke angka 46.. Semoga ibu memperoleh keberkatan dan kecemerlangan  di dunia dan akhirat.. pengorbanan ibu tidak mampu kubalas melainkan titipan doa moga Allah memberikan kemuliaan dan darjat kedudukan yang baik di sisiNya di akhirat kelak. Redha Allah terletak atas redha ibu bapa.. moga mereka redha atas aku dan kalian.

Rasulullah saw pernah menitipkan pesanan kepada Sayidina Umar ra dan Sayidina Ali ra behawa akan lahir dalam kalangan tabiin seorang insan yang sangat mulia sehinggakan setiap permohonan doanya akan dimakbulkan oleh Maha Pencipta.

Uwais al Qarni diangkat namanya oleh Rasulullah saw. Baginda menyuruh kedua- dua orang sahabat baginda mencari Uwais al Qarni tidak lain adalah meminta Uwais al Qarni bermunajat memanjatkan doa supaya Allah mengampuni dosa- dosa sahabatnya itu.

Akhirnya sayidina Umar dan Ali bertemu dengan Uwais al Qarni apabila mereka mengambil inisiatif menunggu dan mencari Uwais di antara kabilah- kabilah yang tiba dari Yaman menuju ke Madinah.. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin Uwais ialah insan yang disebutkan oleh Rasulullah saw kerana Uwais dianggap kurang waras dalam kalangan orang awam dan penduduk setempat.

Tambahan, Uwais turut berpenyakit sopak, iaitu penyakit kulit di seluruh anggota tubuhnya sejak kecil. Namun, beliau seorang yang soleh yang begitu mengambil berat terhadap ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau gigih dalam mendapatkan keredaan ibunya. Bapa beliau telah meninggal dunia sejak beliau masih kecil. Ibunya menjaga beliau sehingga dewasa.

Suatu hari ibunya menyampaikan hajat kepada anaknya, Uwais yang dia begitu teringin sekali untuk menunaikan ibadah haji di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah. Sebagai seorang yang miskin, Uwais al Qarni tidak mampu mencari perbelanjaan untuk ibunya. Pada zaman itu, kebanyakan orang yang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasangkan ‘haudat’ iatu rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi daripada cuaca panas dan hujan..
Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta. Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. 

Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan adalah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.


Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam. #credit to: Pakar Diari Hati


Monday, July 27, 2015

Siblings yang hoyeah..

Bismillah, Assalamualaikum wbt.


Last Saturday, I had a precious moment, taking a stroll with my girl siblings and filled the day out with the tremendously awesome activities.. Makan- makan, window shopping, tengok movie 6D and ant man really made me day enjoyable..

Betapa aku mula tersedar dari mimpi that we are going big and maybe some of us will getting married soon.. Tunggu prince charming naik kuda datang lamar.. hikss.

Biasalah kalau kakak sulung yang laku dulu, I mean akan dilamar dulu sebab adik- adik dia takut langkah bendul and need to give hadiah to kakak freely.. banyak chantek!! Mana boleh.. Kita tunggu hantaran, and have to reserve one hantaran untuk kakak kan.. this is not necessarily but it is a custom, that Malay tradition holds for a very long time. Tak perlu ikut adat pun takpe but we must be prepared to receive all naggings from nenek- nenek yang ikutkan sangat adat. Nak nak yang duduk kawasan kampung. Ala, tadah jela telinga.. dari melakukan pembaziran, buat yang simple- simple asalkan majlis barakah ikut hukum syara’. Kann? Tengok dah jauh dah.. haish

Air dicincang takkan putus. In shaa Allah, moga hubungan kita sekeluarga bertambah padu even kita dah buat haluan sendiri dan fokus pada keluarga masing- masing nanti.. Doakan yang terbaik untuk kita sekeluarga.. aish, kenapa la aku ni suka buat cerita sedih dan fikir jauh ni. hehe.. sooner or later, kita tetap akan ada kehidupan sendiri kan.. itulah kehidupan. Kita tak bole dah nak rely on all things pada parents kita lagi. Tanggungjawab mereka bakal berakhir dengan peningkatan umur kita dan kita pula akan menggalas tanggungjawab untuk menjaga mereka di hari tua.

Takde harapan lain yang aku doakan melainkan kita semua bertemu di Jannahnya kelak.. kesat air mata. Family saya keutamaan saya. Saya sayang mereka sungguh- sungguh..

p/s: doakan result exam yang keluar tak lama lagi, kurang dari seminggu dah pun.. Moga dipermudahkan. Wink2

Friday, July 24, 2015

Ohsem Raya!

Bismillah,
Assalamualaikum wbt..
It has been a week we celebrate hari raya festive. I bet all of u have your own story..

Moga Syawal yang meraikan kemenangan umat Islam mendapat ibrah yang padu dalam menelusuri kehidupan kita sehari-hari..

Harapan, moga hubungan kita dengan Tuhan lebih erat dan kuat serta hubungan dengan manusia dipelihara dengan sebaiknya..

Dalam kita bergembira, ingatlah pada saudara kita yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.. Malah, betapa ramai umat Islam di luar sana yang diseksa dan dilayan dengan kejam oleh rejim pemerintahan sendiri dan Zionis bangsat, harta kekayaan mereka turut dirompak dan dieksploitasi untuk membuncitkan perut individu yang tamak haloba. Agama Islam diperkotak-katikkan dan dicemuh dengan sesuka hati. Mohon doa kalian buat mereka dan kita juga.

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menchentai saudaranya sama seperti dia menchentai dirinya sendiri. {hadis riwayat Bukhari dan Muslim}

By simple extrapolation, hidup secara sederhana. kesederhanaan itu membawa kebahagiaan. Btw, mohon sado dalam setiap aspek kehidupan since the devils are free roaming around kan. Dah habes puasa, ikatan mereka pun dah terlerai.. Hati- hati. Kalau nafsu tu susah nak tarbiyyah, diri tu bukan dah dipenuhi setan, tapi nafsu kita dipersetankan oleh syaitan iaitu diri kita. Ehem, terasa bahang dah.. nak try (ice bucket challenge) pun dipersilakan.

Setiap perkara yang kita iltizam pada ramadhan lalu, diharap berterusan dan beroleh keberhasilan based on our Key Performance Index (KPI) targetted. Setiap individu mempunyai kayu ukur yang berbeza yang menjadi catalyst atau mangkin dalam menuju harapan dan matlamat yang diimpikan.

Moga bertemu kita pada ramadhan akan datang. Sobs sobs. Moga urusan kita dipermudahkan. Amen! Senyum, mata merah, hidung merah, tepis air mata-

Monday, July 13, 2015

Makcik Istidraj Meroyan Lagi!!


Bismillah…
Assalamualaikum wbt (:

Insiden 1
Tak acii! Mana boleh macam tu.. penat kut aku usaha, tapi pencapaian aku tetap tak memuaskan.. dia tu goyang kaki je lepak santai, takkan dia dapat award projek terbaik.. bencinya!! Fuuhh, terasa bahang..

Insiden 2
Aku tengok dia tu tak solat, masuk masjid apatah lagi.. tapi kenapa bisnes dia sukses... iesh, geramnya aku! Aku mesti lakukan sesuatu bagi bisnes dia korup. Eheh! Pulak dah.. macam- macam.

Insiden 3
Ni common untuk budak- budak yang baru nak up.. weii, dia couple tapi result exam dia steady je gempak. Nampaknya aku pun kena cari sorang. Untung- untung result aku lagi super dari dia. Kau tunggu jela nanti.. wahai!! -..-

Insiden4
Kalau betul agama Islam ni agama yang benar, kenapa umatnya ditindas dalam kehidupan yang serba sempit. Orang bukan Islam jauh lebih berjaya daripada umat Islam. Ni betul kena penumbuk sulong kasi sedar diri. Cermin diri dulu lepas tu baru tahu hakikat sebenar mengapa umat ini menjadi lemah begini…sebabnya wujud spesies makhluk macam kau.. Eheh! Sentap, nyorok sat. maluu.. wuu

Nampak tak bayang- bayang untuk entry kali ni.. ini kalilah! Aish, cliché je kan. Shhh, dah2 mohon jangan nak viral pulak. Haha.

Istidraj tu apa? Baiklah, istidraj tu adalah keadaan individu yang dilimpahi rezeki dan kejayaan yang sumpah banyak dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia futur, kufur iaitu dia tak taat sangat pun pada perintah Allah.. faham?

Allah kurniakan kejayaan, harta kemewahan dan rezeki yang mencurah- curah, tapi manusia tu makin jauh daripada Allah.. Eh, boleh eh macam tu..boleh la, ramai je spesies macam ni. Tak payah cari jauh- jauh, kau sendiri! Kena lagi..hmpph

Bila biasa dengan dosa kemudian kita memperoleh pelbagai kejayaan yang tidak pernah kita duga, kita akan berasa angkuh. Alah, aku bukan nya bayar zakat pun, tapi tengok bisnes aku maju bhaii, aku invest banyak dah untuk projek mega seterusnya. Siapa kata zakat tu menyucikan harta dan jiwa.. hati- hati, ungkapan sebegini mungkin pernah terdetik dalam sanubari kita. nauzubillah! Kesannya, kita makin jauh bila diuji dengan kesenangan dan kejayaan setelah kita futur. Double futur lagi. Futur tu maksudnya keadaan iman yang lemah.. ni bukan arabisasi tau..maklum.

Keadaan sebaliknya bila kita bekerja kuat untuk dapatkan sesuatu perkara, namun kita masih gagal beroleh sebarang kejayaan atau keputusan yang kita inginkan. Nanges sebaldi. Tapi hakikatnya jika kita tak hilang pergantungan kepada Allah, kita sangat beruntung.. itupun kalau kita waras berfikir setiap perkara yang berlaku adalah untuk menguji tahap keimanan diri kita.

 Apalah sangat dengan kejayaan dunia.. cewah! Walhal aku nangis sepanjang hari waktu result exam released sebab aku rasa macam dah usaha, tapi tak setimpal dengan result. Kononnya lahh.. faham- faham jela.. buat sikit tapi nak hasil lebih.. ala, korang pun macam tu. Ye dak? Elekh, tipu yang geleng tu.. grrr

Allah menguji hanya kepada mereka yang dikasihi.. so, silakanlah bersyukur saat diuji sebab kita masih dikasihi olehNya. Jangan pulak sedu sedan sebab kecewa nak pikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Adakah manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata. “Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji”.. al Ankabut:2

Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya.. memang payah, memang pahit nak terima andai takdir tak berpihak pada kita. Tapi at least kita boleh belajar dari kesilapan lalu dan bersyukur dengan nikmat yang kita mudah lupa..contoh mudah, oksigen yang kita sedut setiap waktu. Bangun je terus carik fon kan, lupa nak bersyukur diberi nikmat hidup olehNya. Benda berat tapi kita sangat ambil remeh kadang- kadang tu.



Apabila kita ditimpa ujian atau masalah, kita wajar bersyukur kerana itu tandanya Allah masih dekat dengan kita. Ujian tu tanda kasih sayang dan perhatian Allah kepada kita. Dia tidak membiarkan kita sendirian. Takkan nak kesenangan yang sebentar cuma, sedangkan buruan utama kita adalah akhirat. 

Chill la sikit.. ;) pada yang rasa heaven gila hidup tu, sedarlah..kongsikan kebahagiaan bersama insan yang memerlukan sama ada sumbangan material atau moral. Okey?


Moga bermanfaat untuk diri dan kalian.. in shaa Allah.
Thursday, July 9, 2015

Faithful Destiny


Bismillah, assalamualaikum wbt..
Qada’ dan qadar tu kunci kehidupan yang menjadi rahsia Tuhan. We always claim that Allah treat us unfair seem He doesn’t clarify and guide us to the faithful path.. is it so?

Sebenarnya kita yang salah, kita dibutakan mata hati dengan prospek keduniaan. Bukan ke dalam karya agung chentaNya banyak dijelaskan tentang kehidupan umat terdahulu dan umat akhir zaman malah mencakupi seluruh isi kehidupan langit dan bumi.

Bagaimana mungkin saat hambaNya sedang diuji dan pertolongan Allah tu bersifat semerta tiba dalam keadaan kita tidak mempelajari hikmah yang terkandung dalam ujian tersebut? Bukankah ujian tu nak educate kita untuk jadi lebih sabar dan kuat.

**Don’t blame Him**

Sering kali kita buruk sangka dengan Tuhan. Kita beranggapan Allah swt telah menetapkan takdir untuk kita menjadi jahat, bodoh, tidak dapat berubah dan menerima semata- mata segala perkara buruk lain. Ilmu Allah tu luas. Kasih sayangnya juga luas. Hakikatnya kita yang membuat pilihan menentukan nasib diri kita, lalu tergamak kita menyalahkan Tuhan atas pilihan kita yang salah. Tidak ada paksaan dalam membuat sesuatu pilihan tapi kita harus sedar setiap pilihan mempunyai wahana tersendiri yang perlu kita tanggung.

Sesiapa yang memilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang sempurna untuk dirinya. Begitu juga dengan siapa yang memilih kejahatan, akhir nanti hasilnya sudah pasti adalah keburukan yang nyata.

  “Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”
- Surah Ar Ra’d: 11

Pada zaman Sayidina Umar al Khattab, seorang pencuri ditangkap dan dia dakwa Allah telah menetapkan dirinya untuk mencuri. Lalu Sayidina Umar menjatuhkan hukuman qisas, potong tangan dan mengarahkan 40 sebatan. Tindakan tersebut jelas memeranjatkan semua pihak kerana kesalahan mencuri hukumannya adalah memotong tangan. Sayidina Umar dengan cool nya menjawab hukuman tu dijatuhkan kerana dia telah menuduh Allah swt sesuatu yang tidak layak pun untuk dituduhnya.

Tuduhan bahawa Allah telah mentakdirkan keburukan jelas sama sekali bercanggah dengan IlmuNya. Lalu diciptakan syurga atas dasar perhiasan semata? Pfftttt… Kita meletakkan Allah sebagai punca atas segala kesalahan kita.

Penjelasan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan satu insiden semasa Sayidina Umar dan para sahabat menuju ke Syam. Pada waktu tersebut, Syam dilanda krisis penyakit taun. Semasa mereka bermusyawarah, Umar mencadangkan rombongan mereka kembali semula ke Madinah. Abu Ubaidah Amir bin al Jarah lantas bertanya kepada Umar mengapa mereka perlu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah. Umar berkata bahawa Kita lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah yang lain. Wahai!

Penjelasannya sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir sekiranya pergi ke Syam mereka berisiko untuk dijangkiti penyakit taun manakala andai mereka berpatah semula ke Madinah, mereka tidak akan menghidap penyakit berkenaan.. suatu penjelasan yang mudah dan bijak. Kedua- dua pilihan itu pun merupakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk memilih dan berfikir. Hikmahnya kita tidak boleh menyalahkan Allah dengan pilihan kita sekiranya risiko pilihan kita menjurus ke arah keburukan. Semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Perkara yang berlaku ke atas kita juga adalah dengan izinnya.

Jika Allah telah menetapkan kita berada pada landasan yang kedua- dua nya bukan menjadi pilihan kita, janganlah kita berputus asa daripada rahmat dan maghfirahNya. Sesungguhnya, ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk yang setimpal dengan keupayaan hambanya.

 “Dia mentakdirkan adanya hidup dan mati bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah antara kamu yang terbaik amalannya. Dia maha kuasa, lagi maha pengampun bagi orang- orang yang bertaubat”.

Psst, aku pun akan disoal jawab nanti terhadap penulisan ni. Jangan kira nak educate orang tapi diri sendiri terabai. Moh le sama- sama kita terasa, berganding bahu, genggam kemas jari jemari kita lalu menuju ke arah ChentaNya. Senyum! :)

kredit to: ustzh Fatimah syarha, Hilal Asyraf

Monday, July 6, 2015

Sindrom Budak Baik!



Bismillah..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah masih diberikan ruang untuk menikmati keindahan Ramadhan bersama keluarga tersayang. Segala puji dan syukur selayaknya buat Dia, yang maha pengasih lagi maha penyayang; Tuhan semesta Alam.

Before we go far, I would like to apology for all my wrongdoings especially for my mouth behalf yang kuat giler cakap tak fikir panjang sampai guriskan hati semua orang, kuat gosip sampai kadang2 tu kantoii bila kena buku dengan ruas and many more, list goes down.. orang perempuan ni, dosa memang banyak ditaja oleh mulut even they already know very well yang mengumpat tu umpama makan daging saudara sendiri.

What I wish for are we can minimize our wrongdoing and keep constant which is istiqamah in doing good. Remind for myself too: tolong jangan biasakan diri buat dosa mcm tak rasa apa; buat muka seposen dua malah seronok pulak buat dosa tu macam rutin gosok gigi pulak kan. Meanwhile we really know the bad impact that we will receive either in this world or afterlife. Kalau Tuhan nak bagi kejap je, cash tak payah tunggu lama, kat dunia dapat balasan, akhirat lagi la setimpal dengan apa yang kita buat.. For this column, the issue that I want to centre upon is being good.

Sebelum bulan puasa lagi, dah list down to floor the good deeds that we need to accomplish for this upcoming ramadhan. Tapi sayangnya, keadaan tu tak sama, obviously different lepas raya sampai lahh datang bulan puasa yang seterusnya. Macam comfirm dapat peluang yang sama untuk tahun hadapan, kita pun sibuk dengan rutin yang jelas membuang waktu dan tak bermanfaat. Baiklah, jangan cakap bulan selain puasa la kan, Bulan Ramadhan pun hambar jugak ibadat kita, lesu tak bermaya. Sebenarnya, diri ini pun sama, tak terkecuali. Nanges.. T.T

Berbalik pada soal niat, apa yang kita niatkan tu betul ataupun tidak. Kita tak imarahkan pun diri kita ni dengan perkara baik yang konsisten.. Rasa diri tu macam dah berguni- guni pahala. Rehat panjang seolah- olah diri tu dah lakukan perjuangan yang besar seperti berjuang di medan tempur untuk daulatkan syiar islam.. pffttt.. talking nonsense.. Orang mukmin yang berjihad pun tak lesu, malah mereka berkobar- kobar untuk meraih kemenangan dengan mengharap bantuan Allah ataupun being martyr, syahid dengan bangga nya.. kita yang duduk tengok movie, main game kejar level tinggi ni expect solat, puasa dan ibadat yang sikit giler yang kita buat tu diterima. Kalau diperiksa soal niat, tak usah cakap. Silap2, datang lebih banyak dosa dan murka Tuhan.. shame on us yang leka ni.. wahai!! -..-

Harapan selalu ada.. jangan pernah putus asa.. Takkan dah sentap kut, ni baru sikit belum dibongkarkan lagi dosa yang dah ditutup aib oleh Tuhan. Kalau tak, comfirm commit suicide, piqa.. hish! Jadikan bulan ibadat ni sebagai pendorong untuk awok awok semua, ye kita semua laa sebagai penggerak menuju perubahan. Perubahan menuju kejayaan. Kejayaan yang kekal abadi.. Indah sekali.. bukan sindrom budak baik ni berkunjung tiba macam hari raya, wujud bila datangnya sirna ramadhan. Sila ubah mindset kita. In Shaa Allah.. wink wink


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Aku tak baik, tapi teringin nak jadi baik) ^^