Thursday, July 9, 2015

Faithful Destiny


Bismillah, assalamualaikum wbt..
Qada’ dan qadar tu kunci kehidupan yang menjadi rahsia Tuhan. We always claim that Allah treat us unfair seem He doesn’t clarify and guide us to the faithful path.. is it so?

Sebenarnya kita yang salah, kita dibutakan mata hati dengan prospek keduniaan. Bukan ke dalam karya agung chentaNya banyak dijelaskan tentang kehidupan umat terdahulu dan umat akhir zaman malah mencakupi seluruh isi kehidupan langit dan bumi.

Bagaimana mungkin saat hambaNya sedang diuji dan pertolongan Allah tu bersifat semerta tiba dalam keadaan kita tidak mempelajari hikmah yang terkandung dalam ujian tersebut? Bukankah ujian tu nak educate kita untuk jadi lebih sabar dan kuat.

**Don’t blame Him**

Sering kali kita buruk sangka dengan Tuhan. Kita beranggapan Allah swt telah menetapkan takdir untuk kita menjadi jahat, bodoh, tidak dapat berubah dan menerima semata- mata segala perkara buruk lain. Ilmu Allah tu luas. Kasih sayangnya juga luas. Hakikatnya kita yang membuat pilihan menentukan nasib diri kita, lalu tergamak kita menyalahkan Tuhan atas pilihan kita yang salah. Tidak ada paksaan dalam membuat sesuatu pilihan tapi kita harus sedar setiap pilihan mempunyai wahana tersendiri yang perlu kita tanggung.

Sesiapa yang memilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang sempurna untuk dirinya. Begitu juga dengan siapa yang memilih kejahatan, akhir nanti hasilnya sudah pasti adalah keburukan yang nyata.

  “Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”
- Surah Ar Ra’d: 11

Pada zaman Sayidina Umar al Khattab, seorang pencuri ditangkap dan dia dakwa Allah telah menetapkan dirinya untuk mencuri. Lalu Sayidina Umar menjatuhkan hukuman qisas, potong tangan dan mengarahkan 40 sebatan. Tindakan tersebut jelas memeranjatkan semua pihak kerana kesalahan mencuri hukumannya adalah memotong tangan. Sayidina Umar dengan cool nya menjawab hukuman tu dijatuhkan kerana dia telah menuduh Allah swt sesuatu yang tidak layak pun untuk dituduhnya.

Tuduhan bahawa Allah telah mentakdirkan keburukan jelas sama sekali bercanggah dengan IlmuNya. Lalu diciptakan syurga atas dasar perhiasan semata? Pfftttt… Kita meletakkan Allah sebagai punca atas segala kesalahan kita.

Penjelasan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan satu insiden semasa Sayidina Umar dan para sahabat menuju ke Syam. Pada waktu tersebut, Syam dilanda krisis penyakit taun. Semasa mereka bermusyawarah, Umar mencadangkan rombongan mereka kembali semula ke Madinah. Abu Ubaidah Amir bin al Jarah lantas bertanya kepada Umar mengapa mereka perlu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah. Umar berkata bahawa Kita lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah yang lain. Wahai!

Penjelasannya sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir sekiranya pergi ke Syam mereka berisiko untuk dijangkiti penyakit taun manakala andai mereka berpatah semula ke Madinah, mereka tidak akan menghidap penyakit berkenaan.. suatu penjelasan yang mudah dan bijak. Kedua- dua pilihan itu pun merupakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk memilih dan berfikir. Hikmahnya kita tidak boleh menyalahkan Allah dengan pilihan kita sekiranya risiko pilihan kita menjurus ke arah keburukan. Semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Perkara yang berlaku ke atas kita juga adalah dengan izinnya.

Jika Allah telah menetapkan kita berada pada landasan yang kedua- dua nya bukan menjadi pilihan kita, janganlah kita berputus asa daripada rahmat dan maghfirahNya. Sesungguhnya, ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk yang setimpal dengan keupayaan hambanya.

 “Dia mentakdirkan adanya hidup dan mati bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah antara kamu yang terbaik amalannya. Dia maha kuasa, lagi maha pengampun bagi orang- orang yang bertaubat”.

Psst, aku pun akan disoal jawab nanti terhadap penulisan ni. Jangan kira nak educate orang tapi diri sendiri terabai. Moh le sama- sama kita terasa, berganding bahu, genggam kemas jari jemari kita lalu menuju ke arah ChentaNya. Senyum! :)

kredit to: ustzh Fatimah syarha, Hilal Asyraf

0 comments:

Post a Comment