Friday, January 22, 2016

Bento to Bentley

Bismillah,
Assalamualaikum..


Dalam fasa kenaikan kos sara hidup ni, ramai parents ambil inisiatif menyediakan bekal atau bento sebagai langkah berjimat.

Langkah menyediakan bento bukan je dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malah dapat menjimatkan kewangan ibu bapa (andai bagus praktikalitinya), perbelanjaan wang saku anak- anak serta penyediaan makanan yang lebih nutrisi.

Waktu di pra-U dulu pun, bawa bekal ni semacam rutin, tambahan sibuk mengendalikan perniagaan makanan.. koff koff. Kira serampang dua mata.. Nak dijadikan cerita, blok Tingkatan 6 agak terpisah dengan blok- blok lain. Jadi ramai la kawan- kawan yang manfaatkan peluang untuk berniaga sesama sendiri.

Ada yang bisnes kebab, air botol long- chan, nuget sosej, kerepek dan segala popia, tak ketinggalan *perusahaan kecil nasi goreng cili padi serta bihun dalam bungkusan plastik*.

Memang seronok berniaga kalau dapat sambutan. Budak2 ni pun galak beli sampai dua bungkus sekali untuk sarapan dan waktu rehat. Permintaan yang tinggi membawa kepada penawaran yang tinggi untuk kekalkan harga jualan. Jadi, aku minta ibu tambahkan kuantiti makanan. Kalau ibu rajin, ibu akan buat karipap kentang dan kueh teow goreng. Cikgu pun beli sama.

Kini delegasi perniagaan masih diteruskan oleh adik yang tinggal cuma setahun lagi pembelajaran di sekolah. Betapa aku rindukan saat tu.. Rindukan kawan- kawan yang gila setiap karakternya. Banyak perkara yang dipelajari bukan sahaja dari konten ilmu malah dalam konteks kehidupan. Setiap individu walaupun tak rapat zahirnya, akan aku ingat setiap momen bersama kalian. Terima kasih kerana pernah membahagiakan.. :)

Memori indah yang takkan dilupakan, semahal Bantley malah lebih lagi nilainya dari unsur material. Kini, genap dua tahun kita meninggalkan sekolah. Tiada ingatan lain melainkan titipan doa moga kita dipertemukan dan berbahagia untuk dunia akhirat. Andai diri ini pernah melukakan hati dan perasaan, mohon khabarkan segera untuk aku memohon maaf.

Walau kita berlatar belakangkan faktor yang berbeza, namun penilaian kita sama mahukan perubahan. Bento to Bentley, aku nukilkan buat kalian.

0 comments:

Post a Comment