Friday, August 1, 2014

Trio Rambling


Agak lama menyepi. Bulan Ramadhan takde kesempatan langsung nk update new entry. Kekangan masa maybe. Nope, tak pandai manage masa dengan baik, actually.
I’ve compiled stories based on its timeline..
Have a nice blogwalking, guys!


Holi- stick
holy- stick- holistic
Perkara yang murni bermatlamatkan mujahadah sebagai intipati, sememangnya perlu diterap terus dalam sanubari. Walau sekecil zarah, istiqamah itu begerak seiring dengan niat yang baik, in shaa Allah akan membawa kepada perubahan yang lebih besar dan menyeluruh kelak.

Part time worker
My aunt told me that Parkson need park-time cashier for Aidil Fitri festive. So, tanpa fikir panjang terus je setuju.. Accommodation and transportation semuanya family pklang yang support. Malu jugak. For 21 days, I’ve been in Melacca Mall, in cashier counter, did my duty and finally free.. Ekeke


Endless issue
Free Palestine. Saudara- saudara di Palestine sedang berjihad dari belenggu Zionis laknatullah.. Ramai yang terkorban, gugur syahid. Anjing- anjing bangsat tu silap,, in fact, umat Islam semakin kuat dalam bulan ramadhan. Taruhan nyawa bukan apa- apa jika hendak dibandingkan dengan nilai kerohanian yang utuh.

Sedihnya kita kat sini sibuk dengan nilai materialistik. Macam aku la.. Unpreparing for what we suppose to care. Ajal kalau nak jemput bila- bila je. Ni nak bash sikit diri. I shouldn’t blame on my work. However, i failed to manage my schedule well in fasting month while I was working. 1st time kerja bulan puasa, so memang miserable sikit. Banyak la ethics and etiquette yang aku langgar. Harap- harap tak jadi lagi pada masa akan datang.

Saddest story
Air craft MH17 ditembak jatuh di Ukraine dari Amsterdam. Semua terkorban. Al fatihah buat mangsa- mangsa nahas. Within 4 months, macam bertimpa- timpa pula insiden yang menyayat hati berlaku terhadap MAS airlines. MH370 belum lagi selesai, timbul pula isu MH17. Kuasa Allah swt beri peringatan buat rakyat Malaysia khususnya. Sedih bukan kepalang. Moga ahli keluarga dan krew- krew pesawat kuat untuk harungi semua ni.

Good offer
Habes 23hb, Parkson Subang offer part-time cashiers kerja kat sane. Accommodation and transportation are provided. Plus, rata- rata part time terdiri daripada students.  Aku dah rambang mata. 4 days only. RM15 per hour. Siapa taknak woii.. mata aku trus tukar symbol coins. Ngek betul pqa ni..

However, my parents disallowed me to go there. Akur jela. Bila difikirkan balek, cari duit sampai bila- bila pun takkan cukup. Bulan puasa ni, banyak planning activities ditangguhkan. Orang kejar amal, aku kejar duit,, double ngek untuk kau, pqa.. Nurturing close family ties is really important for me. Taknak balik malam raya. Sayu hati beta..

Overcome barrier
jadi trauma pulak nak drive sejak accident 2 tahun lepas.. Tak teruk pun. Langgar divider jaa.. tapi trauma dia sampai tahap moksya. Tengok kereta je, memang dah pangkah awal- awal taknak drive.. betapa ruginya bila ada license tapi takut gaban nak drive.

Suddenly, ayah suruh drive balik kampung di Negeri Sembilan. 2 buah kereta sebab barang banyak. Family members pun agak ramai. Takde la jauh pun. Sejam setengah. Double what!! Shaking untuk kesekian kalinya.. heh,, takut tahap dewa.. tapi sampai bila aku nak renew license without driving.. Once again, triple ngek untuk kau, pqa!

Hikmahnya aku tak ke Subang, aku dapat overcome barrier to drive. Selamat sampai ke destinasi yang dituju. Manual bukan auto okay. Rasa puas tu pasti ada sebab aku berjaya buang jauh- jauh stigma dalam diri ni.. yeay!! Lompat bintang sakan~ alamak, mencungap pulak.. kehkeh

Selamat Hari Raya
to all muslims, wish u all happy eid mubarak.. jangan seronok sangat. Ingat saudara- saudara kita yang berada dalam kepayahan dan kesusahan.. elakkan pembaziran. Sederhana tu lebih baik. Teruskan usaha mujahadah dalam diri even sekecil zarah..
 

mom’s birthday// Hari Raya
Moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati, ibu! Stay young and beauty, Pn Azila binti Aziz..Eqa sayang ibu.. Ya Allah, kurniakan ibu kecemerlangan akhirat. Mudahkan segala urusan ibu. Ampuni dosa ibu sebagai mana ibu mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.. ameen


Friday, June 20, 2014

GST ohh GST


Correct me if I’m wrong. This post is based on my knowledge and economics factuals from variety of references. It’s a long post basically about economics. You have been warned. Bring plastic along, afraid of vomiting due to headache. We need to travel a very long journey :)

Anyways, there are many pros and cons when GST imposed to the nation.


Apa itu GST??
GST merupakan sejenis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax, GST). GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (value added tax) yang dikenakan oleh kerajaan kepada peniaga pada semua peringkat rantaian, baik daripada pengilang (miller) sehinggalah kepada peruncit (retailer).

GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli. GST bukan suatu perkara baru kerana indikator ini sudah lama dipraktikkan tetapi kita sebagai pengguna tidak menyedari kewujudan cukai ini.. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax, SST) merupakan mekanisme cukai asal sebelum GST diperkenalkan. Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and Services tax (GST).

Kerajaan mencadangkan cukai jualan (Sales Tax), 5% dan cukai perkhidmatan (Service Tax), 10% dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST. SST dikenakan kepada pengilang barangan dengan cukai jualan majoriti sebanyak 10%.

Namun, nilai SST itu hanya dikenakan terhadap pengilang iaitu harga dari pengilang kepada pemborong primer atau pertama. Apabila rantaian pengagihan barangan dilakukan terhadap pemborong kedua hingga seterusnya, tidak ada lagi cukai yang dikenakan berbeza dengan pelaksanaan GST yang mengenakan cukai dalam setiap rantaian pengagihan.

Walau bagaimanapun, GST menguntungkan syarikat- syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang dikeluarkan masih belum terjual. Peniaga boleh menuntut balik geran yang ditawarkan daripada  pihak kerajaan tetapi harga barangan yang akhirnya sampai ke tangan pengguna akan menjadi lebih mahal kerana barangan telah melalui beberapa peringkat cukai yang telah dilaksanakan sebelum ini. 

Hal ini sudah pastinya berlaku peningkatan kos pengeluaran kerana peniaga ingin memindahkan beban yang ditanggung kepada pengguna. Harga barang berisiko naik secara mendadak. Inflasi berpotensi berlaku.


Spesifikasinya lagi ialah inflasi tolakan kos, iaitu proses di mana kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Kenaikan kos pengeluaran berlaku akibat daripada kenaikan bahan mentah dan upah buruh.

I’m of the opinion that the opposite party tidak akan menghentam (bash) sebarangan terhadap usul yang baik. Mereka praktikal untuk membantu kerajaan demi melahirkan Malaysia yang lebih baik. Minta maaf, bukan mahu berdakyah. Aku neutral, sokong mana yang baik untuk kesejahteraan rakyat. (umur pun belum cukup nak mengundi tahu).  - -’

In Fact..
Menurut Rafizi Ramli merangkap Pengarah Strategi PKR, penerangan yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menggambarkan pelaksanaan GST, akan berlaku penurunan yang banyak sedangkan SST yang kononnya dikenakan sebanyak 16% akan menjadi 6% apabila GST diperkenalkan. Ia diulang- ulang seolah- olah berlaku penurunan kadar cukai yang tinggi, itu ternyata tidak betul.

Tetapi pelaksanaan GST ni seperti menafikan hak golongan bawahan sehingga kami diberi layanan yang sama rata dengan golongan yang kaya raya untuk membayar cukai yang sama. Di manakah kewajarannya?? True indeed, cukai yang dikenakan terhadap barang yang dibeli. Tapi majoriti keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai tanggugan yang ramai sekiranya hendak dibandingkan dengan orang yang kaya raya. Heh!!

Berapa ramai yang mengelak daripada membayar cukai dan isytiharkan harta yang sedikit supaya pengenaan cukai pendapatan mereka adalah rendah, kebiasaannya isu ni melibatkan para peniaga yang kaya raya. Sebilangan besar rakyat Malaysia tidak menjelaskan cukai pendapatan. Kerajaan rugi besar dalam sudut itu. Cukai yang dipungut adalah untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Fungsi cukai lansung yang terdiri daripada komponen cukai pendapatan penseorangan dan cukai pendapatan syarikat digunakan untuk pembiayaan perbelanjaan kerajaan seterusnya merapatkan jurang agihan pendapat masyarakat. Cukai  yang dikenakan berperanan sebagai suatu mekanisme agihan pendapatan di mana  yang kaya akan menanggung yang miskin.

Pro GST>>
GST tetap ada kebaikan dia.. GST dapat atasi masalah rakyat mengelak dari membayar cukai yang berlaku dalam SST. SST tidak cekap dari segi kutipan dan pengurusan. Berlaku banyak penipuan dan ramai individu lari dari membayar cukai. Itu sememangnya berlaku.

Pelaksanaan GST mampu merekodkan setiap pembelian kerana sistem ini diaplikasi terus menggunakan sistem komputer. Jadi tiada seorang pun yang terlepas dari membayar cukai.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan terdapat isu-isu harga pindahan berlaku.

GST bakal dilaksanakan pada April tahun hadapan yang dimulakan dengan kadar 6%. Kadar tersebut adalah paling rendah sekiranya hendak dibandingkan dengan negara maju sehingga 21% seperti Norway. Err, tu status negara maju. But, it’s possible jugak kan.

Apabila GST dilaksanakan, hanya 10% barangan dan perkhidmatan sahaja yang berlaku kenaikan harga, manakala 40% pula berlaku penurunan harga dan 50% lagi adalah remain, tidak berubah. GST bukan sahaja cukai barang dan perkhidmatan malah GST turut dikenali sebagai cukai kepenggunaan.

Masih banyak barang yang diberikan pengecualian seperti barang asas isi rumah iaitu minyak dan beras, malah terdapat juga perkhidmatan kerajaan seperti sekolah, hospital dan perumahan yang dikecualikan daripada membayar cukai.

tak detail lansung karikatur ni. ramai kompius lagi!

Sharp perspective (jatuh cinta dgn ulasan beliau)
Dipetik daripada ulasan Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful, “secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing. Tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. Perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar".

"Walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif".

Menurut beliau lagi "Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan. Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya. Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk penjara".

"Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan".

P/S: Dengan harapan, penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada pembaca yang merupakan consumer iaitu pengguna juga. Sekiranya terdapat kesilapan fakta, janganlah sue saya. Saya budak baru belajar. Niat saya baik tau, supaya kita faham apa itu GST. Ekeke :D entry ini sekadar pendapat dan berlaku sedikit pengolahan daripada sumber- sumber interaktif.

I’ve been called to share this kind of knowledge because of my ignorance about this hot issue before. I do research and finally I can understand quit well about it. I lead the way with posting this entry so that all of you are not distracted anymore. Okay?
Sunday, June 1, 2014

Little Rambling

Happy 23th Anniversary to my beloved parents. 

Ya Allah, give my parents good health, a long life, and keep them safe..

My dua' never ended to u two.. Thanks ayah ibu for raise me with love and full of commitment. Despite I still fail to be a good daughter, I will never stop improving myself to make both of u proud of me, here and hereafter.. May Allah showers u two with blessing.

Love our parents. We are so busy growing up, we often forget they are also growing old.. Absolutely my  love towards them cannot be described by those beautiful words unless  with a sincere dua' to them.  in shaa Allah, I will treat u with more loving care after this. The most important thing in this world is to see my parents smiling and knowing that I am the reason behind that smile.. :)

True indeed.. Islam is the way of life.. Islam is holistic and practical to be practiced by all over peoples in the world. Dear Parents, it's important for you to try to have an open dialogue and honest communication with your children. Please do talk to them about issues they are facing. It's important to touch base on what's facing the youth nowadays.. This is the way my parents implement their knowledges to raise me even I always ignore their words before.  please forgive me, ayah ibu! i'm a sinful daughter. Dear child, please listen to your parents advice.. 
Thursday, May 29, 2014

Disreputable =(


"Aib dan dosa". Bertuahlah manusia apabila Allah s.w.t menutupnya. Celakalah mereka apabila Allah membukanya... dan entah berapa juta keaiban diri yang disimpan oleh Allah s.w.t, yang pasti akan dibuka di akhirat kelak.  Bagaimana rasanya di akhirat nanti apabila satu persatu aib dan dosa kita dipaparkan oleh Allah s.w.t nanti??..
-Hana Sofea Ibrahim-
in 13 jam A 380 novel

'Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di atas muka bumi dan Kami adakan bagimu di atas muka bumi itu sumber penghidupan. Amat sedikit bagi kamu yang bersyukur -al A'raf: 10

Perlahan atau laju, cepat atau lambat, berlari atau merangkak, jangan sekali-kali berhenti untuk memperbaiki diri dari khilaf lalu. In shaa Allah, Dia nampak usaha kita. Yakinlah Allah takkan mensia-siakan walau secebis usaha yang kita dilakukan kerana-Nya. Dia begitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Wednesday, May 28, 2014

Paradox ~


Tajuk memang nak gempak tapi writing style hambar jugak..

Assalamualaikum w.b.t.. ^^V

Paradox bermaksud kenyataan yang kelihatan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Ada  isu besar yang berkait dengan tajuk yg dipilih. Ohh yeah!! Have a nice blog walking, btw!

*****************

Alhamdulillah, I feel relief now. Economics interview for University Malaya, last Sunday in JB went well. However, this interview was not for education course.

I was the first interviewee besides the others. Sebab pecahan ikut course applied. UM memang gempak. All courses have interview sessions.. Yeay, I was so thrilled to be the benchmark to the others.. ehh, tipu!! Aku dah,, Ya Allah! Habeslah.. Why I should be the first one.

Nak kata nervous tu, takde lah sangat, sebab ni merupakan my second interview. Before this, i had a quit insipid interview for USM in KL. Haa, that one I was the last interviewee. Memang masak tunggu berjam- jam dan keluar dari perkarangan wisma pukul 6.30 pm.. Huh, peluh besar.

Fortunately, USM and UPU are from different pin numbers. Kalau tak, memang pendidikan tak disenarai pendek lah untuk buat pilihan nanti.. Ngek! --’

Memang agak kalut sebab ingatkan interview in bilingual, sekali 100% in English.. Agak puas hati. Tambahan ketiga- tiga panel tu ialah wanita.. Masing- masing merupakan pensyarah dari fakulti Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan dan Undang- Undang. Ohh, hebatnya mereka.. ><

For this couple of weeks, misunderstood issue happened. Aku tak hadiri pun ujian MeDsi  untuk pendidikan. Ada jugak yang tegur sebab aku tak peka dengan isu penting.

I thought the MeDsi for UPSI only but the truth is the MeDsi for all education courses applied. So, tabah jela.. buat muka seposen dua. --, Aku ni bukannya nak update dengan kawan- kawan. Suka sangat putuskan sendiri. Jadinya, padan muka. Tu pengajaran yang berguna buat diri.

Batu besar hempap kepala.. ehh!
Lain kali, tolong dapatkan maklum balas dari kawan- kawan. Walaupun dah rasa diri tu pro, tapi pendapat dan makluman individu lain sangatlah penting. Er, rasa diri pro tu memang takde lah. Cuma malas nak ambil tahu even untuk diri sendiri. Teruk betul perangai.

Jadi, akhir cerita..
No more interviews I need to attend. JB just wonderful. Thanks to my cousin, Along Siti with her husband, Abang Wan sebab susah payah tolong manage tentative program there untuk aku dengan nizam. Walaupun, ada baby kecil, Humayrah yang comel. Nasib baik Mayra  tak banyak ragam. Nizam pun temu duga Ekonomi jugak.. =)

Btw, kacang pool memang sedap. Ehh! Hahaha :D nanti kalau kalian ke JB, cubalah nikmati kacang pool kt food court Larkin. Comfirm nak lagi.. koff koff. Dijamin tak menyesal! Aii, promote lebih- lebih pulak kan.

Lepas ni bole active blogging. Yela tu. Syok sendiri je kau, pqa macam ramai sangat yang drop by blog ni. Poyo.. Have a blast, may Allah bless.. tata.. ^^

Monday, May 26, 2014

Prejudice


I pray Allah forgives us with all the things that we have said unintentionally or not. (Astaghfirullah)

“ Upholding Islam believe and virtue are really hard but we must keep trying to change our perspective first”


(superficiality prevails in us)
Nafsu memang sukar untuk dikawal. Kata hati gemar melemparkan perspektif buruk kepada individu lain. Lihat sahaja penampilan, gaya pertuturan dan cara pergaulan, kita boleh kenal secara total individu berkenaan. Wajarkah??

Sebenarnya kita khilaf; berasa diri sudah baik dan sempurna


“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan diri dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahagiannya adalah dosa” {12: al Hujarat} Seandainya tuduhan itu tidak betul maka kamu telah melakukan pembohongan yang teruk kepadanya” {Hr Muslim- sahih}


Sekiranya benar dia khilaf, wajarkah kalian terus menghukum tanpa memberi dia peluang untuk baiki kesilapan lalu. Hebat sangatkah kamu, hina sangatkah dia..


Everyone deserves paradise

Justeru, janganlah kita menyangka bekalan amal kita sudah mencukupi dan syurga selayaknya buat kita sehingga kita mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Chance to change

Please give them a chance to make 360 degree rotation to redeem their wrongdoing including yourself. Jika usaha itu bergerak perlahan, tidak mengapa. Doakan semoga lancar perubahannya.

“u will never truly understand something until it actually happens to u”


In fact.. Orang yang amalkan sikap prejudice ni, mereka sebenarnya angkuh. Lupa dengan nikmat pinjaman, kurniaan Pencipta. Mereka rasakan diri gah seolah- olah tiada siapapun boleh menandingi kelebihan yang dimiliki. Nauzubillah!


“When u judge another, u don’t define them, but u define urself”


Justeru, kelebihan individu lain yang mampu mengganggu gugat kestabilan diri dianggap sebagai suatu perkara yang perlu dipersendakan. Khuatir diri tidak tenteram. Seronok dengan kemegahan diri (ujub) lalu melakukan penganiayaan terhadap orang lain.


Fitrah itu biasanya fitnah

Fitrah manusia untuk kelihatan cantik, pintar dan kaya untuk mendapatkan pujian. Selayaknya puji- pujian itu hanya untuk Allah, pemberi nikmat kepada hamba- Nya. Seharusnya panjatkan rasa syukur kepadanya dengan nikmat yang dikecapi. Nikmat berkenaan seharusnya dibalas dengan khidmat bantuan kepada insan yang memerlukan.


Jika dikurniakan harta yang berlebihan, tunaikan zakat dan bersedekah untuk membantu golongan yang memerlukan. Andai kalian memiliki kepintaran yang sedikit maka berkongsilah ilmu Allah itu. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. Jangan lokek kerana setiap yang diusahakan atas sesuatu yang baik adalah saham di akhirat kelak.


Rebellious and forgetful
Hakikatnya manusia itu sering lupa. Nikmat yang diberi terus dinikmati dengan alpa dan megah. Lupakah kamu sesuatu yang dikerjakan akan dihisab, dihitung di akhirat kelak. Nikmat di dunia terus dipelopori, bekalan akhirat terus mati.


Self- reminder.. Aku masih di takuk lama. Berusaha untuk keluar dari najis kejahilan. Bila berjaya bergelut sebentar cuma, aku ditarik dengan kuat agar aku terus terkapai- kapai mencari bantuan.

Jangan hukum tapi terus mendukung. Doakan semoga lancar segala urusan


“nobody is perfect, and nobody deserve to be perfect. Nobody has it easy, everybody has issues. You never know what people are going through. So pause before u start judging, criticizing or mocking others. Everybody is fighting their own unique war. {quotes}


Sikap prejudis ni bahaya, kerana ia melahirkan sifat tidak senang kepada orang lain. Oleh itu, islam anjurkan supaya kita berlapang dada dan berbaik sangka. Semua orang layak mendapatkan syurga. Walaupun kehidupan lalu dia penuh dengan jahiliah.


Sahabat Nabi pun rata-ratanya memiliki jahiliah tersendiri. Saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya sendiri, dan akhirnya digelar al-farouq dan dijanjikan antara 10 sahabat yang akan masuk ke syurga.


Ikrimah antara orang yang paling membenci Rasulullah, sehingga dia pernah berjanji akan membunuh Rasulullah jika terserempak dengan Baginda. Akhirnya gugur syahid sebelum menghembuskan nafasnya, beliau dengan ithar memberikan air kepada sahabat lain yang gugur di dalam Perang.

Amru al-Asr yang juga antara orang yang lantang menentang dakwah Rasulullah di Kota Mekah, malah cuba menghalau sahabat yang lari ke Hudaibiah. Tetapi akhirnya boleh menjadi duta islam ke Mesir ketika zaman pemerintahan Saidina Umar. Malah mampu mengislamkan hampir seluruh orang di Mesir ketika itu. MasyaAllah. [Harmonica Zine]


“To be judged who u were is just unfair, as to be judged butterfly when it still in caterpillar”


Kita sangat mudah untuk menjatuhkan hukum terhadap orang lain