Friday, July 24, 2015

Ohsem Raya!

Bismillah,
Assalamualaikum wbt..
It has been a week we celebrate hari raya festive. I bet all of u have your own story..

Moga Syawal yang meraikan kemenangan umat Islam mendapat ibrah yang padu dalam menelusuri kehidupan kita sehari-hari..

Harapan, moga hubungan kita dengan Tuhan lebih erat dan kuat serta hubungan dengan manusia dipelihara dengan sebaiknya..

Dalam kita bergembira, ingatlah pada saudara kita yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.. Malah, betapa ramai umat Islam di luar sana yang diseksa dan dilayan dengan kejam oleh rejim pemerintahan sendiri dan Zionis bangsat, harta kekayaan mereka turut dirompak dan dieksploitasi untuk membuncitkan perut individu yang tamak haloba. Agama Islam diperkotak-katikkan dan dicemuh dengan sesuka hati. Mohon doa kalian buat mereka dan kita juga.

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menchentai saudaranya sama seperti dia menchentai dirinya sendiri. {hadis riwayat Bukhari dan Muslim}

By simple extrapolation, hidup secara sederhana. kesederhanaan itu membawa kebahagiaan. Btw, mohon sado dalam setiap aspek kehidupan since the devils are free roaming around kan. Dah habes puasa, ikatan mereka pun dah terlerai.. Hati- hati. Kalau nafsu tu susah nak tarbiyyah, diri tu bukan dah dipenuhi setan, tapi nafsu kita dipersetankan oleh syaitan iaitu diri kita. Ehem, terasa bahang dah.. nak try (ice bucket challenge) pun dipersilakan.

Setiap perkara yang kita iltizam pada ramadhan lalu, diharap berterusan dan beroleh keberhasilan based on our Key Performance Index (KPI) targetted. Setiap individu mempunyai kayu ukur yang berbeza yang menjadi catalyst atau mangkin dalam menuju harapan dan matlamat yang diimpikan.

Moga bertemu kita pada ramadhan akan datang. Sobs sobs. Moga urusan kita dipermudahkan. Amen! Senyum, mata merah, hidung merah, tepis air mata-

Monday, July 13, 2015

Makcik Istidraj Meroyan Lagi!!


Bismillah…
Assalamualaikum wbt (:

Insiden 1
Tak acii! Mana boleh macam tu.. penat kut aku usaha, tapi pencapaian aku tetap tak memuaskan.. dia tu goyang kaki je lepak santai, takkan dia dapat award projek terbaik.. bencinya!! Fuuhh, terasa bahang..

Insiden 2
Aku tengok dia tu tak solat, masuk masjid apatah lagi.. tapi kenapa bisnes dia sukses... iesh, geramnya aku! Aku mesti lakukan sesuatu bagi bisnes dia korup. Eheh! Pulak dah.. macam- macam.

Insiden 3
Ni common untuk budak- budak yang baru nak up.. weii, dia couple tapi result exam dia steady je gempak. Nampaknya aku pun kena cari sorang. Untung- untung result aku lagi super dari dia. Kau tunggu jela nanti.. wahai!! -..-

Insiden4
Kalau betul agama Islam ni agama yang benar, kenapa umatnya ditindas dalam kehidupan yang serba sempit. Orang bukan Islam jauh lebih berjaya daripada umat Islam. Ni betul kena penumbuk sulong kasi sedar diri. Cermin diri dulu lepas tu baru tahu hakikat sebenar mengapa umat ini menjadi lemah begini…sebabnya wujud spesies makhluk macam kau.. Eheh! Sentap, nyorok sat. maluu.. wuu

Nampak tak bayang- bayang untuk entry kali ni.. ini kalilah! Aish, cliché je kan. Shhh, dah2 mohon jangan nak viral pulak. Haha.

Istidraj tu apa? Baiklah, istidraj tu adalah keadaan individu yang dilimpahi rezeki dan kejayaan yang sumpah banyak dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia futur, kufur iaitu dia tak taat sangat pun pada perintah Allah.. faham?

Allah kurniakan kejayaan, harta kemewahan dan rezeki yang mencurah- curah, tapi manusia tu makin jauh daripada Allah.. Eh, boleh eh macam tu..boleh la, ramai je spesies macam ni. Tak payah cari jauh- jauh, kau sendiri! Kena lagi..hmpph

Bila biasa dengan dosa kemudian kita memperoleh pelbagai kejayaan yang tidak pernah kita duga, kita akan berasa angkuh. Alah, aku bukan nya bayar zakat pun, tapi tengok bisnes aku maju bhaii, aku invest banyak dah untuk projek mega seterusnya. Siapa kata zakat tu menyucikan harta dan jiwa.. hati- hati, ungkapan sebegini mungkin pernah terdetik dalam sanubari kita. nauzubillah! Kesannya, kita makin jauh bila diuji dengan kesenangan dan kejayaan setelah kita futur. Double futur lagi. Futur tu maksudnya keadaan iman yang lemah.. ni bukan arabisasi tau..maklum.

Keadaan sebaliknya bila kita bekerja kuat untuk dapatkan sesuatu perkara, namun kita masih gagal beroleh sebarang kejayaan atau keputusan yang kita inginkan. Nanges sebaldi. Tapi hakikatnya jika kita tak hilang pergantungan kepada Allah, kita sangat beruntung.. itupun kalau kita waras berfikir setiap perkara yang berlaku adalah untuk menguji tahap keimanan diri kita.

 Apalah sangat dengan kejayaan dunia.. cewah! Walhal aku nangis sepanjang hari waktu result exam released sebab aku rasa macam dah usaha, tapi tak setimpal dengan result. Kononnya lahh.. faham- faham jela.. buat sikit tapi nak hasil lebih.. ala, korang pun macam tu. Ye dak? Elekh, tipu yang geleng tu.. grrr

Allah menguji hanya kepada mereka yang dikasihi.. so, silakanlah bersyukur saat diuji sebab kita masih dikasihi olehNya. Jangan pulak sedu sedan sebab kecewa nak pikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Adakah manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata. “Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji”.. al Ankabut:2

Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya.. memang payah, memang pahit nak terima andai takdir tak berpihak pada kita. Tapi at least kita boleh belajar dari kesilapan lalu dan bersyukur dengan nikmat yang kita mudah lupa..contoh mudah, oksigen yang kita sedut setiap waktu. Bangun je terus carik fon kan, lupa nak bersyukur diberi nikmat hidup olehNya. Benda berat tapi kita sangat ambil remeh kadang- kadang tu.



Apabila kita ditimpa ujian atau masalah, kita wajar bersyukur kerana itu tandanya Allah masih dekat dengan kita. Ujian tu tanda kasih sayang dan perhatian Allah kepada kita. Dia tidak membiarkan kita sendirian. Takkan nak kesenangan yang sebentar cuma, sedangkan buruan utama kita adalah akhirat. 

Chill la sikit.. ;) pada yang rasa heaven gila hidup tu, sedarlah..kongsikan kebahagiaan bersama insan yang memerlukan sama ada sumbangan material atau moral. Okey?


Moga bermanfaat untuk diri dan kalian.. in shaa Allah.
Thursday, July 9, 2015

Faithful Destiny


Bismillah, assalamualaikum wbt..
Qada’ dan qadar tu kunci kehidupan yang menjadi rahsia Tuhan. We always claim that Allah treat us unfair seem He doesn’t clarify and guide us to the faithful path.. is it so?

Sebenarnya kita yang salah, kita dibutakan mata hati dengan prospek keduniaan. Bukan ke dalam karya agung chentaNya banyak dijelaskan tentang kehidupan umat terdahulu dan umat akhir zaman malah mencakupi seluruh isi kehidupan langit dan bumi.

Bagaimana mungkin saat hambaNya sedang diuji dan pertolongan Allah tu bersifat semerta tiba dalam keadaan kita tidak mempelajari hikmah yang terkandung dalam ujian tersebut? Bukankah ujian tu nak educate kita untuk jadi lebih sabar dan kuat.

**Don’t blame Him**

Sering kali kita buruk sangka dengan Tuhan. Kita beranggapan Allah swt telah menetapkan takdir untuk kita menjadi jahat, bodoh, tidak dapat berubah dan menerima semata- mata segala perkara buruk lain. Ilmu Allah tu luas. Kasih sayangnya juga luas. Hakikatnya kita yang membuat pilihan menentukan nasib diri kita, lalu tergamak kita menyalahkan Tuhan atas pilihan kita yang salah. Tidak ada paksaan dalam membuat sesuatu pilihan tapi kita harus sedar setiap pilihan mempunyai wahana tersendiri yang perlu kita tanggung.

Sesiapa yang memilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang sempurna untuk dirinya. Begitu juga dengan siapa yang memilih kejahatan, akhir nanti hasilnya sudah pasti adalah keburukan yang nyata.

  “Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”
- Surah Ar Ra’d: 11

Pada zaman Sayidina Umar al Khattab, seorang pencuri ditangkap dan dia dakwa Allah telah menetapkan dirinya untuk mencuri. Lalu Sayidina Umar menjatuhkan hukuman qisas, potong tangan dan mengarahkan 40 sebatan. Tindakan tersebut jelas memeranjatkan semua pihak kerana kesalahan mencuri hukumannya adalah memotong tangan. Sayidina Umar dengan cool nya menjawab hukuman tu dijatuhkan kerana dia telah menuduh Allah swt sesuatu yang tidak layak pun untuk dituduhnya.

Tuduhan bahawa Allah telah mentakdirkan keburukan jelas sama sekali bercanggah dengan IlmuNya. Lalu diciptakan syurga atas dasar perhiasan semata? Pfftttt… Kita meletakkan Allah sebagai punca atas segala kesalahan kita.

Penjelasan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan satu insiden semasa Sayidina Umar dan para sahabat menuju ke Syam. Pada waktu tersebut, Syam dilanda krisis penyakit taun. Semasa mereka bermusyawarah, Umar mencadangkan rombongan mereka kembali semula ke Madinah. Abu Ubaidah Amir bin al Jarah lantas bertanya kepada Umar mengapa mereka perlu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah. Umar berkata bahawa Kita lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah yang lain. Wahai!

Penjelasannya sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir sekiranya pergi ke Syam mereka berisiko untuk dijangkiti penyakit taun manakala andai mereka berpatah semula ke Madinah, mereka tidak akan menghidap penyakit berkenaan.. suatu penjelasan yang mudah dan bijak. Kedua- dua pilihan itu pun merupakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk memilih dan berfikir. Hikmahnya kita tidak boleh menyalahkan Allah dengan pilihan kita sekiranya risiko pilihan kita menjurus ke arah keburukan. Semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Perkara yang berlaku ke atas kita juga adalah dengan izinnya.

Jika Allah telah menetapkan kita berada pada landasan yang kedua- dua nya bukan menjadi pilihan kita, janganlah kita berputus asa daripada rahmat dan maghfirahNya. Sesungguhnya, ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk yang setimpal dengan keupayaan hambanya.

 “Dia mentakdirkan adanya hidup dan mati bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah antara kamu yang terbaik amalannya. Dia maha kuasa, lagi maha pengampun bagi orang- orang yang bertaubat”.

Psst, aku pun akan disoal jawab nanti terhadap penulisan ni. Jangan kira nak educate orang tapi diri sendiri terabai. Moh le sama- sama kita terasa, berganding bahu, genggam kemas jari jemari kita lalu menuju ke arah ChentaNya. Senyum! :)

kredit to: ustzh Fatimah syarha, Hilal Asyraf

Monday, July 6, 2015

Sindrom Budak Baik!



Bismillah..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah masih diberikan ruang untuk menikmati keindahan Ramadhan bersama keluarga tersayang. Segala puji dan syukur selayaknya buat Dia, yang maha pengasih lagi maha penyayang; Tuhan semesta Alam.

Before we go far, I would like to apology for all my wrongdoings especially for my mouth behalf yang kuat giler cakap tak fikir panjang sampai guriskan hati semua orang, kuat gosip sampai kadang2 tu kantoii bila kena buku dengan ruas and many more, list goes down.. orang perempuan ni, dosa memang banyak ditaja oleh mulut even they already know very well yang mengumpat tu umpama makan daging saudara sendiri.

What I wish for are we can minimize our wrongdoing and keep constant which is istiqamah in doing good. Remind for myself too: tolong jangan biasakan diri buat dosa mcm tak rasa apa; buat muka seposen dua malah seronok pulak buat dosa tu macam rutin gosok gigi pulak kan. Meanwhile we really know the bad impact that we will receive either in this world or afterlife. Kalau Tuhan nak bagi kejap je, cash tak payah tunggu lama, kat dunia dapat balasan, akhirat lagi la setimpal dengan apa yang kita buat.. For this column, the issue that I want to centre upon is being good.

Sebelum bulan puasa lagi, dah list down to floor the good deeds that we need to accomplish for this upcoming ramadhan. Tapi sayangnya, keadaan tu tak sama, obviously different lepas raya sampai lahh datang bulan puasa yang seterusnya. Macam comfirm dapat peluang yang sama untuk tahun hadapan, kita pun sibuk dengan rutin yang jelas membuang waktu dan tak bermanfaat. Baiklah, jangan cakap bulan selain puasa la kan, Bulan Ramadhan pun hambar jugak ibadat kita, lesu tak bermaya. Sebenarnya, diri ini pun sama, tak terkecuali. Nanges.. T.T

Berbalik pada soal niat, apa yang kita niatkan tu betul ataupun tidak. Kita tak imarahkan pun diri kita ni dengan perkara baik yang konsisten.. Rasa diri tu macam dah berguni- guni pahala. Rehat panjang seolah- olah diri tu dah lakukan perjuangan yang besar seperti berjuang di medan tempur untuk daulatkan syiar islam.. pffttt.. talking nonsense.. Orang mukmin yang berjihad pun tak lesu, malah mereka berkobar- kobar untuk meraih kemenangan dengan mengharap bantuan Allah ataupun being martyr, syahid dengan bangga nya.. kita yang duduk tengok movie, main game kejar level tinggi ni expect solat, puasa dan ibadat yang sikit giler yang kita buat tu diterima. Kalau diperiksa soal niat, tak usah cakap. Silap2, datang lebih banyak dosa dan murka Tuhan.. shame on us yang leka ni.. wahai!! -..-

Harapan selalu ada.. jangan pernah putus asa.. Takkan dah sentap kut, ni baru sikit belum dibongkarkan lagi dosa yang dah ditutup aib oleh Tuhan. Kalau tak, comfirm commit suicide, piqa.. hish! Jadikan bulan ibadat ni sebagai pendorong untuk awok awok semua, ye kita semua laa sebagai penggerak menuju perubahan. Perubahan menuju kejayaan. Kejayaan yang kekal abadi.. Indah sekali.. bukan sindrom budak baik ni berkunjung tiba macam hari raya, wujud bila datangnya sirna ramadhan. Sila ubah mindset kita. In Shaa Allah.. wink wink


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Aku tak baik, tapi teringin nak jadi baik) ^^
Sunday, December 7, 2014

Lonesome~

Bismillah, Assalamualaikum wbt! ^^

3 weeks to go b4 the final exam begin.. fuhh fuhh :)
So many things depress me for couple of weeks. Ramai suggest tak perlu balek pun untuk study week, but I refuse to. Nak  ambil semangat belajar dulu di rumah.  Plus, expenditure kat sini pun tinggi, really hang me.. Ok je pun sebenarnya, tapi di Penang ni selera makan kencang, asyik lapar jep. No wonder berat badan naik drastically 5kg.. T.T  Balek rumah pun save untuk makan. Kiranya balek dan tak balek, really means nothing. sebab pengaliran wang tunai yang hampir sama antara duit makan dan transport bus.

slip exam is released.. dupdap2
Masih tak dapat nak adapt cara belajar di sini. I mean I’m the lazy bum to do revision..  -..- I don’t know why?? wat happen to me.. Kadang- kadang sedih tu memang tak dapat nak selindung pun. Passionate is nowhere.. mungkin tajdid niat dah lari, tu yang keikhlasan makin kurang.. Ya Allah, luruskanlah niat hamba- Mu ini dalam segala tindakan, semoga niat ini bersih, ikhlas semata2 kerana- Mu.. ameen. nanges T.T 

Assignment semuanya dah settle. Dah nak penghujung semester pun. Pernah 1 minggu, 3 presentation I need to perform simultaneously. Alhamdulillah, even it really screwed me down, but I did it successfully..  keep calm and pray to Allah.. everything will run smoothly..

Actually being here really teach me. Teach me how to change my study skill,, how to control my expenditure and my lust in buying  garment. Nampak je skirt labuh, tdung aidijuma,,omnomnom and anything tat been trendy, I would like to have too..Dulu selalu marahkan kakak kat kolej, suruh jimat sikit duit tu, but right now, I need to remind for myself.

hikks, rasa diri baby lagi..
wee, jelous kn??
Last month, (baru nak update kn, kemalasan melanda) I got a bad flu at first and turn to fever at last. serius teruk. Refer to Mat Lutfi, the bad thing about mild flu is that it produces unsaturated mucus which is very frustating when it’s time to sneezing it out. The liqiud wouldn’t come out as much as it is felt to be inside and if it does, it sluggishly drips down straight to ur mouth, make u like 5 years old kid who’d lost her parents in Tesco. on that time, I need to attend a camp for the Red Crescent, BSMM. tapi semua aktiviti dapat dilakukan dengan jayanya except marching, aku surrender. tak pernah rasa seteruk tu. Sampai perut menggigil sebab terlalu panas dan tidur di luar lecture hall kerana tak tahan dah duduk dalam tu.

Kawan2 sampai label stubborn sebab refuse to go to the clinic.. tapi demam ni superb la, atasi ego untuk makan ubat tapi masih gagal untuk paksa diri ni ke pusat sejahtera (klinik). kalau di rumah dulu, confirm kena pergi klinik, which I hate the most and would crying first..tak mampu nak bergerak  unless ada komitmen untuk ke class, terpaksa gagahkan diri jugak.. begitu sekali penangan demam ni. Allahu! Alhamdulillah masih diberikan ruang untuk bernafas. tapi masih tak realize untuk repent sungguh2. Wahai..hurm, take a deep breath..nanges

Scientific detected that gigi geraham bongsu tumbuh from my own view..kott kott la.

 Baiklah, tanpa diduga-duga, adik kecil kepada gigi geraham bongsu telah mengambil keputusan untuk melihat-lihat bumi yang fana ini. Cenonet sahaja, tapi hazabnya....hanya Allah yang tahu. Pada mulanya berlapang dada dan bersangka baik yang si adik kecil kepada Inche Geraham Bongsu tidak akan mengapa-apakan diri dan ahli keluarga gusi dan gigi yang lain. Malangnya..sangkaan jauh meleset.. Puan gusi telah mengalami stres yang teramat sehinggakan sangat sukar untuk Tuan gigi dan ahli keluarganya yang lain menjalankan tugas mereka.

Apa- apapun, bersyukur sangat kerana kesakitan yang begini, banyak memberi pengajaran sebenarnya. Yess, menjadikan kita lebih bersyukur dan insaf akan kehebatan Allah yang maha Kuasa. Alhamdulillah..Juga mengingatkan diri tentang azab Allah di akhirat kelak; sakit gigi yang tak seberapa ni pun dah cukup terseksa, bayangkan seksaan di neraka Jahannam nanti.. Nauzubillahi min dzalik. demam takpun kebah, muka pucat kalah zombi. edited source: Inche Gabana



holding back tears.malu jaa dh besar aih
Last week, my lil brother, abil been circumcised and laid down in front of the tv for a week.. He had spent most of his time switching the channel and wandering around the house with one hand hold the kain pelekat he was wearing in. Bagus jugak tu. at least ada jugak duk rumah. kalau tak, batang hidung pun susah nak nampak..

My sister sent me a picture of him..tak bole bla nye, abil hantar voice recorder through whats up, the sound like this, "kak piqa bagi adik duit sunat tau "..(kira sedekah untuk budak2).. nak banyak.. cehh! tengah lagi kering lagi diminta duit.. teringat plak ayat ibu, tengh kering tapi badan tak plak kering, makin sihat je ibu tengok.. aish! hihi.. sob sob, I twist my word to abil with, kalau lancar mengaji, akak bagi.. selamat skit.. fuuh~ he replied back, adik dah baca quran pun.. err, seem this way, I need to give him on this study week with nothing left in my pocket.. omoo. at last, dia tipu. masih lagi dengaan iqra' dia, aku tertipu. selamat!

Doakan final exam yang tinggal lagi 3 minggu dari sekarang. Moga aku tenang..kalian tenang untuk jawab exam. tajdid niat piqa *berjaya bukan nak raih pujian manusia tapi keihlasan ilmu kerana-Nya.. ameen

Wednesday, October 22, 2014

Wake up Call

[ISU I WANT TOUCH A DOG]

Kehangatan isu I want touch a dog masih segar diviralkan di media sosial mahupun di akhbar tempatan. Satu isu yang menjadi perhatian umum lebih-ii lagi apabila ia melibatkan sensitiviti umat islam di Malaysia. Penganjur berkata acara ini diadakan bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Islam itu agama yang penuh kasih sayang. Islam tidak mengajar kita membenci makhluk-Nya seperti anjing, apatah lagi menzalimi mereka. Sikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas anjing. Bersikap Ihsan bukan bermakna kita perlu membelai, peluk, cium anjing tersebut seperti mana binatang peliharaan lain seperti kucing. Kita boleh membuktikan sifat belas kasihan itu dengan memberi makan atau merawatnya apabila sakit.

Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Lihatlah, betapa Islam menilainya sebagai satu perbuatan yang baik memberi makan dan minum kepada anjing. Jadi, Islam tidak membenci anjing dan tidak melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan tetapi haruslah dengan cara yang betul dan tidak mungundang fitnah.

Sahabat yang dikasihi sekalian,
Disini dikongsikan hukum menyentuh/memegang anjing. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Bagi umat Islam,tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Ini berdasarkan hadis: [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut: Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang sesuatu program yang diragui hukum hakamnya. Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.

Jadi, tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen secara terb
uka adalah tidak wajar. Meskipun objektif program tersebut terselit nilai murni namun cara dan pendekatannya tidak sentsitif terhadap pegangan agama. Bagaimanapun, soal untuk menghilangkan rasa takut atau ‘skeptical’ sesetengah orang terhadap anjing bukan perkara yang utama. Apa yang lebih penting untuk ditekankan adalah kasih sayang kepada binatang, dan penekanan perintah agama supaya berlaku baik kepada setiap makhluk ciptaanNya termasuk haiwan.
Waalahua’alam. -PMI USM

Wednesday, October 8, 2014

Salam Aidil Adha

short and sweet reminder

Many years ago, our father Ibrahim (AS) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. So let us ask ourselves in these beautiful days of sacrifice, which attachments do we need to slaughter? -by Yasmin Mohaged