Monday, January 20, 2014

Low Self- Esteem


 No confidence? Low self esteem? Okay, low self esteem ni bermaksud keyakinan diri yang rendah. Many aspects should be counted on where this alient sickness come from.. Honestly, wabak ni memang ada dalam diri aku.. Tapi alhamdulillah, aku berjaya rawat walaupun tidak pulih sepenuhnya. Dulu  cakap je mesti stuck.. Take a deep breath pun tak lepas- lepas even sentence tu  secoit je. Okay, tu sindrom gagap namanya. Yess, aku tak malu confess aku seorang yang gagap dulu. Semua family members aku risau aku masuk ke alam tadika, takut aku akan dibuli dan lambat dalam pelajaran. Sebabnya aku ni lemah semangat. No doubt! Eit, tak bermakna aku kurang kolestrom aku tak mampu nak overcome that disease.

Aku gelar sindrom tu sebagai penyakit, sebabnya sindrom tu akan pulih kalau kita nak bebas dari kepompong tu. Yess, I prove them wrong. Aku berjaya.. dari kecil aku join macam- macam pertandingan. Aku jadi seorang pelajar yang active. Dari kecil juga aku pupuk sifat berani. Even selalu juga aku tewas, ohh sangat tak best ayat tu, okay repeatation  mara.. haa, baru kena.. Membantu sikit. Aku kerap diberi kesempatan untuk membuat persembahan sampailah nasyid, aku diberi kesempatan untuk pegang mic. Join pertandingan story telling, syarahan, bercerita dan hafazan. Tu stage sekolah rendah. Bila menjejakkan kaki ke alam menengah, aku menyertai bahas ala parlimen dan forum remaja. Aku seringkali spoilkan semangat rakan kumpulan yang lain. Minta maaf, jangan simpan dalam hati or masih lagi berdendam..

 Apapun, senyum tu perawat duka, penawar ketakutan. Pura- pura yakin tu trademark, walhal merapu banyak. Sekarang ni pun sindrom tu masih lagi tersisa, masih berbaki. Sehingga kini pun penyakit gelabah tak bertempat ni masih ada..  Subhanallah.. itu gambaran diri yang sebenar. Aku bukan mahu mendabik dada atau tunjukkan keampuhan diri kepada lawan, tapi kalian harus sedar kita manusia yang serba kekurangan. Judge kekurangan diri untuk perform lebih baik esok. Itu namanya refleksi.. Bagusnya perkara ni, kita boleh nilai dan baiki semula mana yang kurang dalam diri. Hal ini sememangnya penting dalam memperkasakan mentaliti diri ke arah yang lebih gigih dan berwawasan. Jangan terlalu skeptikal dan menolak perubahan.

 Cross over the bridge and decide your destiny.. Allah will help u. Trust me!

Walau baaimanapun, kalian yang menghidap penyakit ini harus bersyukur sebab baiknya penyakit ni ialah kita tidak terlalu confident dengan diri sampai jejaskan performance kita. Takde lah syok sendiri walhal orang pun tak suka. Kita lebih berhati- hati dan tidak bersikap sambil lewa. Lebih cermat dalam membuat sesuatu keputusan tanpa diulangi dengan kegagalan yang sama. Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah yang besar buat kita. Itu hadiah Allah swt, Tuhan yang Esa, pemelihara segala isi langit dan bumi.

Okay, sindrom ni menyerang banyak aspek dalam diri kita. Kira punca kepada penyakit. Haa, kan senang. Puncanya ialah pergaulan yang melibatkan komunikasi, pelajaran, imej yakni penampilan, perhubungan dan sebagainya. Aku terlalu banyak menyerah kalah, tapi pada masa yang sama aku cuba bangkit kembali menapak untuk mencari platform yang sesuai untuk diri yang ampuh ini. Menyerah kalah, tak usah cakap, terlalu banyak kali aku give up sampai tak nampak kelebihan diri, mengalami kemurungan sebab diri tak setanding dengan rakan- rakan yang berjaya. Semua tu dah rasa.

Tapi kita kena yakin bahawa kegagalan hari ini menyebabkan kita bangkit berusaha pada keesokan harinya. Kita menjadi hamba yang bersyukur kerana redha dengan takdir kita serta yakin dengan perancangan Allah yang sangat pasti. Itu adalah ujian. Tuhan uji kita sebab Tuhan tahu kita kuat.. kepada semua, apabila kita berputus asa, kita sebenarnya tak mampu menerima hakikat, tidak redha. Hurm, itu kata- kata dia waktu aku kecundang dulu. Ya Allah kurniakanlah kami semangat yang luar biasa supaya kami kuat untuk menempuh hari- hari mendatang dengan kebahagiaan.

Aku begitu teruja share topic ni sebab nak kalian yang ada sindrom ni buck up, berusaha k. Jadikan kegagalan itu sebagai pemandu kepada kejayaan di hadapan. Failure is a stepping stone for us to perform better and achieve our success. Jangan kalah dan menyerah, sebaliknya maju, terus pacu langkah ke hadapan untuk mengorak kejayaan. Sebagai manusia, perasaan pelbagai yang diraih itu nikmat.. itu adalah lumrah. Jangan mempertikaikan takdir seems no sunshine for u tomorrow. Dont ever! 

Jangan kita lemah, terus layu dan ikut arus yang menghanyutkan. Jangan begitu. Sebaliknya bersyukur, sifat inilah yang membentuk diri kita pada hari ini.. di mana kita berpijak. Ingat tu! Tiada yang salah dengan sikap atau sindrom ini, tapi takut pesakit yang menghidap penyakit ini akan parah sebab tiada perubatan saintifik melainkan terus bangkit melawan dan minta nasihat daripada individu berpengalaman. Sebabnya semakin kita berasa rendah diri, kita sebenarnya terus menerus menghukum diri. Apa kata gilap supaya nampak kelebihan diri yang Allah bagi. Kepada yang lain, jangan berterusan menghukum tapi cuma untuk mendukung. Ingat, kegagalan tu mendidik kita menjadi seorang yang tidak pernah kita duga. Assalamualaikum wbt

DON’T BECOME A FAILURE UNTILL YOU ARE SATISFIED WITH BEING ONE

0 comments:

Post a Comment