Wednesday, January 8, 2014

Entire Of Jihad



“Sesungguhnya, pada kisah- kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang- orang yang mempunyai akal fikiran” (yusuf,11)

Perjuangan Turki Muda,, persoalan demi persoalan semakin sarat dalam kotak fikiran ni. Dulu, sungguh aku terlalu menyanjungi perjuangn Turki Muda, kononnya balance ilmu dunia dan akhirat merupakan platform terbaik untuk memperoleh kecemerlangan yang max di akhirat kelak. For me, nk capai kejayaan akhirat, depends pada ilmu dunia jgk.. tapi, betapa tak praktikalnya jawapan aku.. Guru sejarah yang sangat aku kagumi kata sebaliknya. Utamakn ilmu akhirat,, bila kita tawadduk dan istiqamah, kejayaan akan menyusul.. matlamatnya mudah kita hidup untuk peroleh kejayaan di akhirat,, Mulanya, aku bantah, tidak sependapat.. tapi betul sangat relevan jawapan tu.. Sebab dunia ni merupakan persinggahan untuk menuju akhirat yang hakiki.. Dunia ini merupakan ujian buat manusia..

Okay, berbalik pada persoalan prioriti, perjuangan Turki Muda hanyalah based on sekularisme, modul barat.. ikut barat, nanti bolehlah maju mcm barat. Negara Islam, tidak akan diceroboh. Is it true guys?? dlu zaman Rasulullah dan khulafa', negara Islam merupakan negara yang amat digeruni oleh musuh2 Islam.. sebab apa? sebab mereka daulatkn syariat Islam..apabila pegangan agama semakin longlai, perspektif dikaburi orang mula beralih kepada pemodenan menuju kejayaan.

Mustafa Kamal At Tartuk, bapa nasionalis Turki yg menjadi sanjungan Barat, sebab dia dukung prinsip kafirin, hapuskan corak pemerintahan Islam.. hapuskan sistem khalifah,, umat Islam semakin lemah untuk menentang lawan. Hukum Islam diganti dengan hukum Swiss, kaum wanita disuruh berpakaian seperti wanita barat, manakala kaum lelaki tidak dibenarkan memakai serban. Al Quran diterjemahkn dalam bahasa Turki, azan dilaungkn dalam bahasa Turki. Akhlaknya juga jauh lebih buruk daripada orang kafir. Menggadai maruah negara demi kepentingan diri. Menjual agama demi pemikiran idealistik yang dangkal. Membenci Islam sedangkan pura- pura mempunyai title Islam. Mencemar kesucian agama secara terang- terangan.

Hakikatnya, Turki sukar untuk dipulihkan kembali setelah begitu lama di bawah telunjuk barat.. Di mana orang- orang yang kuat pegangan agamanya? Mereka semua dibunuh tanpa dibicarakan. Dia menganggap dirinya Tuhan, kemunculan semula firaun sejak beribu- ribu tahun. Yang tinggal Cuma orang yang mahu menjaga kepentingan harta dan pangkat duniawi yang tidak ke mana. Menjual nama- nama tokoh Islam sebagai pemampan diri yang berdosa.. Aku silap, aku fikir dia yang bawa Islam hidup kembali tetapi tidak.. Dia menanam terus sehingga Islam itu sendiri terkubur.. Dia seorang yang tidak mempunyai pegangan agama.. subhanallah!

Akhirnya, umat Islam ditindas sehingga sekarang. Dia, sememangnya tidak layak digelar dengan panggilan yang baik, merupakan penegak kepada agenda Yahudi, bapa sekularisme Turki. Dia juga yang bawak barat ke Turki dengan menolak Islam.. Dia juga menyebabkan Palestin serta wilayah lain dirobek2 dengan sesuka hati..

Dulu, aku cuma fikir yang pergerakan Turki Muda merupakan satu kebanggaan, sehingga meresap dalam perjuangan nasionalis di Tanah Melayu. Yess, transformation is needed to reach our main goal.. mungkin baiknya semangat tu dipinjam, tapi buruknya yang tidak kita tahu adalah maruah islam digadai dan dipijak2.. Sunnah nabi makin ditinggalkan.. Kelakuan kita semakin mirip dengan orang kafir..

Sekadar renungan bersama.. Betapa dangkalnya ilmu aku, bukan untuk mengkaji secara detail, tapi tuduh mengkhinzir buta.. Ingatlah, jatuhnya Islam itu sendiri disebabkan penganutnya yang leka dan alpa. Ya, aku akui jugak yang diri aku ni sangat mudah diimplement ke arah yang tidak membina. Aku begitu jauh suatu ketika dulu.. Sekarang masih mencari2 sinar kebahagiaan.

Perkembangan terbaru ialah berlakunya krisis politik di Turki di antara dua ulama besar yang dulunya menjadi sahabat kini bertukar menjadi musuh politik. Subhanallah! Krisis politik yang berlaku di antara Perdana Menteri Recep Tayyip Erdorgan dan tokoh ulama yang kini menetap di US, Fethullah Gulen bukan lagi rahsia. Perasaan curiga mula terbit di antara satu sama lain. Mereka berdua telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Kedua- dua tokoh tersohor ini menjadi sanjungan kerana tingginya ilmu agama yang dikuasai. Namun, atas bantahan rakyat yang sukar menerima pembaharuan ke arah yang lebih islamik, maka perselisihan ini tercetus. Diharapkan usaha yang baik dan berdiplomasi dapat menyubur kembali Islam di bumi Turki. Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang mendaulatkan syiar islam. Jauhkan dari persengketan yang melampau sehingga memberi kemenangan kepada bangsa Yahudi dan Nasrani.
Ameen!

 
HINDARILAH PERDEBATAN YANG TIDAK PERLU SERTA KUMPULAN YANG TIDAK BERMANFAAT. JAUHILAH KAWAN YANG JAHIL KERANA IA BOLEH MENARIKMU KEPADA KEJAHILAN (SEPERTI DIRINYA). KETAHUILAH BAHAWA TABIAT YANG BURUK BOLEH MEMPENGARUHI TABIAT BAIKMU DAN PENGLIHATAN MATAMU YANG BURUK BOLEH MENJERUMUSKANMU KE DALAM KEJAHATAN.
 

0 comments:

Post a Comment