Bismillah,
assalamualaikum wbt..
Qada’
dan qadar tu kunci kehidupan yang menjadi rahsia Tuhan. We always claim that
Allah treat us unfair seem He doesn’t clarify and guide us to the faithful
path.. is it so?
Sebenarnya
kita yang salah, kita dibutakan mata hati dengan prospek keduniaan. Bukan ke
dalam karya agung chentaNya banyak dijelaskan tentang kehidupan umat terdahulu
dan umat akhir zaman malah mencakupi seluruh isi kehidupan langit dan bumi.
Bagaimana
mungkin saat hambaNya sedang diuji dan pertolongan Allah tu bersifat semerta
tiba dalam keadaan kita tidak mempelajari hikmah yang terkandung dalam ujian
tersebut? Bukankah ujian tu nak educate kita untuk jadi lebih sabar dan kuat.
**Don’t
blame Him**
Sering
kali kita buruk sangka dengan Tuhan. Kita beranggapan Allah swt telah
menetapkan takdir untuk kita menjadi jahat, bodoh, tidak dapat berubah dan menerima
semata- mata segala perkara buruk lain. Ilmu Allah tu luas. Kasih sayangnya
juga luas. Hakikatnya kita yang membuat pilihan menentukan nasib diri kita,
lalu tergamak kita menyalahkan Tuhan atas pilihan kita yang salah. Tidak ada
paksaan dalam membuat sesuatu pilihan tapi kita harus sedar setiap pilihan
mempunyai wahana tersendiri yang perlu kita tanggung.
Sesiapa
yang memilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang sempurna untuk
dirinya. Begitu juga dengan siapa yang memilih kejahatan, akhir nanti hasilnya
sudah pasti adalah keburukan yang nyata.
“Sesungguhnya
Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka
sendiri”
- Surah Ar Ra’d: 11
- Surah Ar Ra’d: 11
Pada
zaman Sayidina Umar al Khattab, seorang pencuri ditangkap dan dia dakwa Allah
telah menetapkan dirinya untuk mencuri. Lalu Sayidina Umar menjatuhkan hukuman
qisas, potong tangan dan mengarahkan 40 sebatan. Tindakan tersebut jelas
memeranjatkan semua pihak kerana kesalahan mencuri hukumannya adalah memotong
tangan. Sayidina Umar dengan cool nya menjawab hukuman tu dijatuhkan kerana dia
telah menuduh Allah swt sesuatu yang tidak layak pun untuk dituduhnya.
Tuduhan
bahawa Allah telah mentakdirkan keburukan jelas sama sekali bercanggah dengan
IlmuNya. Lalu diciptakan syurga atas dasar perhiasan semata? Pfftttt… Kita
meletakkan Allah sebagai punca atas segala kesalahan kita.
Penjelasan
ini dapat diperkukuhkan lagi dengan satu insiden semasa Sayidina Umar dan para
sahabat menuju ke Syam. Pada waktu tersebut, Syam dilanda krisis penyakit taun.
Semasa mereka bermusyawarah, Umar mencadangkan rombongan mereka kembali semula
ke Madinah. Abu Ubaidah Amir bin al Jarah lantas bertanya kepada Umar mengapa
mereka perlu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah. Umar berkata
bahawa Kita lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah yang lain. Wahai!
Penjelasannya
sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir sekiranya pergi ke
Syam mereka berisiko untuk dijangkiti penyakit taun manakala andai mereka
berpatah semula ke Madinah, mereka tidak akan menghidap penyakit berkenaan..
suatu penjelasan yang mudah dan bijak. Kedua- dua pilihan itu pun merupakan
qadar Allah.
Akal
dan hati fungsinya untuk memilih dan berfikir. Hikmahnya kita tidak boleh
menyalahkan Allah dengan pilihan kita sekiranya risiko pilihan kita menjurus ke
arah keburukan. Semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Perkara
yang berlaku ke atas kita juga adalah dengan izinnya.
Jika
Allah telah menetapkan kita berada pada landasan yang kedua- dua nya bukan
menjadi pilihan kita, janganlah kita berputus asa daripada rahmat dan
maghfirahNya. Sesungguhnya, ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk yang setimpal
dengan keupayaan hambanya.
“Dia mentakdirkan adanya hidup dan mati bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah antara kamu yang terbaik amalannya. Dia maha kuasa, lagi maha pengampun bagi orang- orang yang bertaubat”.
Psst,
aku pun akan disoal jawab nanti terhadap penulisan ni. Jangan kira nak educate
orang tapi diri sendiri terabai. Moh le sama- sama kita terasa, berganding
bahu, genggam kemas jari jemari kita lalu menuju ke arah ChentaNya. Senyum! :)
kredit to: ustzh Fatimah syarha, Hilal Asyraf
kredit to: ustzh Fatimah syarha, Hilal Asyraf
0 comments:
Post a Comment