Bismillah…
Assalamualaikum
wbt (:
Insiden 1
Tak acii! Mana boleh macam tu.. penat kut aku usaha, tapi pencapaian aku tetap tak memuaskan.. dia tu goyang kaki je lepak santai, takkan dia dapat award projek terbaik.. bencinya!! Fuuhh, terasa bahang..

Insiden 2
Aku tengok dia tu tak solat, masuk masjid apatah lagi.. tapi kenapa bisnes dia sukses... iesh, geramnya aku! Aku mesti lakukan sesuatu bagi bisnes dia korup. Eheh! Pulak dah.. macam- macam.
Aku tengok dia tu tak solat, masuk masjid apatah lagi.. tapi kenapa bisnes dia sukses... iesh, geramnya aku! Aku mesti lakukan sesuatu bagi bisnes dia korup. Eheh! Pulak dah.. macam- macam.
Insiden 3
Ni common untuk budak- budak yang baru nak up.. weii, dia couple tapi result exam dia steady je gempak. Nampaknya aku pun kena cari sorang. Untung- untung result aku lagi super dari dia. Kau tunggu jela nanti.. wahai!! -..-

Insiden4
Kalau betul agama Islam ni agama yang benar, kenapa umatnya ditindas dalam kehidupan yang serba sempit. Orang bukan Islam jauh lebih berjaya daripada umat Islam. Ni betul kena penumbuk sulong kasi sedar diri. Cermin diri dulu lepas tu baru tahu hakikat sebenar mengapa umat ini menjadi lemah begini…sebabnya wujud spesies makhluk macam kau.. Eheh! Sentap, nyorok sat. maluu.. wuu

Nampak tak bayang- bayang untuk entry kali ni.. ini kalilah! Aish, cliché je kan.
Shhh, dah2 mohon jangan nak viral pulak. Haha.
Istidraj
tu apa? Baiklah, istidraj tu adalah keadaan individu yang dilimpahi rezeki dan
kejayaan yang sumpah banyak dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia
futur, kufur iaitu dia tak taat sangat pun pada perintah Allah.. faham?
Allah
kurniakan kejayaan, harta kemewahan dan rezeki yang mencurah- curah, tapi
manusia tu makin jauh daripada Allah.. Eh, boleh eh macam tu..boleh la, ramai
je spesies macam ni. Tak payah cari jauh- jauh, kau sendiri! Kena lagi..hmpph
Bila biasa
dengan dosa kemudian kita memperoleh pelbagai kejayaan yang tidak pernah kita
duga, kita akan berasa angkuh. Alah, aku bukan nya bayar zakat pun, tapi tengok
bisnes aku maju bhaii, aku invest banyak dah untuk projek mega seterusnya.
Siapa kata zakat tu menyucikan harta dan jiwa.. hati- hati, ungkapan sebegini
mungkin pernah terdetik dalam sanubari kita. nauzubillah! Kesannya, kita makin
jauh bila diuji dengan kesenangan dan kejayaan setelah kita futur. Double futur
lagi. Futur tu maksudnya keadaan iman yang lemah.. ni bukan arabisasi
tau..maklum.
Keadaan
sebaliknya bila kita bekerja kuat untuk dapatkan sesuatu perkara, namun kita
masih gagal beroleh sebarang kejayaan atau keputusan yang kita inginkan. Nanges
sebaldi. Tapi hakikatnya jika kita tak hilang pergantungan kepada Allah, kita
sangat beruntung.. itupun kalau kita waras berfikir setiap perkara yang berlaku
adalah untuk menguji tahap keimanan diri kita.
Apalah sangat dengan kejayaan dunia.. cewah! Walhal
aku nangis sepanjang hari waktu result exam released sebab aku rasa macam dah
usaha, tapi tak setimpal dengan result. Kononnya lahh.. faham- faham jela..
buat sikit tapi nak hasil lebih.. ala, korang pun macam tu. Ye dak? Elekh, tipu
yang geleng tu.. grrr
Allah
menguji hanya kepada mereka yang dikasihi.. so, silakanlah bersyukur saat diuji
sebab kita masih dikasihi olehNya. Jangan pulak sedu sedan sebab kecewa nak
pikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Adakah
manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata. “Kami telah beriman
sedangkan mereka belum diuji”.. al Ankabut:2
Gagal sekali
bukan bermakna kita gagal selamanya.. memang payah, memang pahit nak terima
andai takdir tak berpihak pada kita. Tapi at least kita boleh belajar dari
kesilapan lalu dan bersyukur dengan nikmat yang kita mudah lupa..contoh mudah,
oksigen yang kita sedut setiap waktu. Bangun je terus carik fon kan, lupa nak
bersyukur diberi nikmat hidup olehNya. Benda berat tapi kita sangat ambil remeh
kadang- kadang tu.
Apabila
kita ditimpa ujian atau masalah, kita wajar bersyukur kerana itu tandanya Allah
masih dekat dengan kita. Ujian tu tanda kasih sayang dan perhatian Allah kepada
kita. Dia tidak membiarkan kita sendirian. Takkan nak kesenangan yang sebentar cuma,
sedangkan buruan utama kita adalah akhirat.
Chill la sikit.. ;) pada yang rasa
heaven gila hidup tu, sedarlah..kongsikan kebahagiaan bersama insan yang
memerlukan sama ada sumbangan material atau moral. Okey?
Moga bermanfaat
untuk diri dan kalian.. in shaa Allah.
0 comments:
Post a Comment