Bismillah,
Assalamualaikum..
Dalam
fasa kenaikan kos sara hidup ni, ramai parents ambil inisiatif menyediakan
bekal atau bento sebagai langkah berjimat.
Langkah
menyediakan bento bukan je dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malah dapat
menjimatkan kewangan ibu bapa (andai bagus praktikalitinya), perbelanjaan wang
saku anak- anak serta penyediaan makanan yang lebih nutrisi.
Waktu
di pra-U dulu pun, bawa bekal ni semacam rutin, tambahan sibuk mengendalikan
perniagaan makanan.. koff koff. Kira serampang dua mata.. Nak dijadikan cerita, blok Tingkatan 6 agak
terpisah dengan blok- blok lain. Jadi ramai la kawan- kawan yang manfaatkan
peluang untuk berniaga sesama sendiri.
Ada
yang bisnes kebab, air botol long- chan, nuget sosej, kerepek dan segala popia,
tak ketinggalan *perusahaan kecil nasi goreng cili padi serta bihun dalam
bungkusan plastik*.
Memang
seronok berniaga kalau dapat sambutan. Budak2 ni pun galak beli sampai dua bungkus
sekali untuk sarapan dan waktu rehat. Permintaan yang tinggi membawa kepada
penawaran yang tinggi untuk kekalkan harga jualan. Jadi, aku minta ibu
tambahkan kuantiti makanan. Kalau ibu rajin, ibu akan buat karipap kentang dan
kueh teow goreng. Cikgu pun beli sama.
Kini
delegasi perniagaan masih diteruskan oleh adik yang tinggal cuma setahun lagi
pembelajaran di sekolah. Betapa
aku rindukan saat tu.. Rindukan kawan- kawan yang gila setiap karakternya.
Banyak perkara yang dipelajari bukan sahaja dari konten ilmu malah dalam
konteks kehidupan. Setiap individu walaupun tak rapat zahirnya, akan aku ingat
setiap momen bersama kalian. Terima kasih kerana pernah membahagiakan.. :)
Memori
indah yang takkan dilupakan, semahal Bantley malah lebih lagi nilainya dari
unsur material. Kini, genap dua tahun kita meninggalkan sekolah. Tiada
ingatan lain melainkan titipan doa moga kita dipertemukan dan berbahagia untuk dunia
akhirat. Andai diri ini pernah melukakan hati dan perasaan, mohon khabarkan
segera untuk aku memohon maaf.
Walau kita berlatar belakangkan faktor yang berbeza, namun penilaian kita sama mahukan perubahan. Bento to Bentley, aku nukilkan buat kalian.
0 comments:
Post a Comment