[ISU
I WANT TOUCH A DOG]
Kehangatan
isu I want touch a dog masih segar diviralkan di media sosial mahupun di akhbar
tempatan. Satu isu yang menjadi perhatian umum lebih-ii lagi apabila ia
melibatkan sensitiviti umat islam di Malaysia. Penganjur berkata acara ini
diadakan bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk
mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
Islam
itu agama yang penuh kasih sayang. Islam tidak mengajar kita membenci
makhluk-Nya seperti anjing, apatah lagi menzalimi mereka. Sikap ihsan kepada
haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas
anjing. Bersikap Ihsan bukan bermakna kita perlu membelai, peluk, cium anjing
tersebut seperti mana binatang peliharaan lain seperti kucing. Kita boleh
membuktikan sifat belas kasihan itu dengan memberi makan atau merawatnya
apabila sakit.
Nabi
s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing
yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan
membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut
itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia
diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Lihatlah,
betapa Islam menilainya sebagai satu perbuatan yang baik memberi makan dan
minum kepada anjing. Jadi, Islam tidak membenci anjing dan tidak melarang
muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan tetapi haruslah dengan cara yang
betul dan tidak mungundang fitnah.
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Disini dikongsikan hukum menyentuh/memegang anjing.
Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu
najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan
seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj,
Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi)
menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah
dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama
dicampur dengan tanah.”
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA
menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita.
Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita
basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh
berpindah.
Bagi umat Islam,tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi
dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa
tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang
ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi
al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan
adalah haram.
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan,
maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Ini
berdasarkan hadis: [Hadis
Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Berkaitan
hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti
berikut: Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah
daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan
sebagainya. Hal
ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu
Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Umat
Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu kepada
yang lebih arif tentang sesuatu program yang diragui hukum hakamnya. Malaysia
secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan anjing sebagai
najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.
Jadi,
tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen secara terb
uka adalah tidak wajar. Meskipun objektif program tersebut terselit nilai murni namun cara dan pendekatannya tidak sentsitif terhadap pegangan agama. Bagaimanapun, soal untuk menghilangkan rasa takut atau ‘skeptical’ sesetengah orang terhadap anjing bukan perkara yang utama. Apa yang lebih penting untuk ditekankan adalah kasih sayang kepada binatang, dan penekanan perintah agama supaya berlaku baik kepada setiap makhluk ciptaanNya termasuk haiwan.
uka adalah tidak wajar. Meskipun objektif program tersebut terselit nilai murni namun cara dan pendekatannya tidak sentsitif terhadap pegangan agama. Bagaimanapun, soal untuk menghilangkan rasa takut atau ‘skeptical’ sesetengah orang terhadap anjing bukan perkara yang utama. Apa yang lebih penting untuk ditekankan adalah kasih sayang kepada binatang, dan penekanan perintah agama supaya berlaku baik kepada setiap makhluk ciptaanNya termasuk haiwan.
Waalahua’alam. -PMI USM
0 comments:
Post a Comment