Correct me if I’m wrong. This post is based on my knowledge and economics factuals from variety of references. It’s a long post basically about economics. You have been warned. Bring plastic along, afraid of vomiting due to headache. We need to travel a very long journey :)
Anyways, there
are many pros and cons when GST imposed to the nation.
Apa itu
GST??
GST
merupakan sejenis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax, GST).
GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (value added tax) yang dikenakan
oleh kerajaan kepada peniaga pada semua peringkat rantaian, baik daripada
pengilang (miller) sehinggalah kepada peruncit (retailer).
GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke
atas setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli. GST bukan suatu perkara baru
kerana indikator ini sudah lama dipraktikkan tetapi kita sebagai pengguna tidak
menyedari kewujudan cukai ini.. Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(Sales and Service Tax, SST) merupakan mekanisme cukai asal sebelum GST
diperkenalkan. Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan ialah untuk
menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and Services tax (GST).
Kerajaan mencadangkan
cukai jualan (Sales Tax), 5% dan cukai perkhidmatan (Service Tax), 10%
dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.
SST
dikenakan kepada pengilang barangan dengan cukai jualan majoriti sebanyak 10%.
Namun, nilai SST itu hanya dikenakan terhadap
pengilang iaitu harga dari pengilang kepada pemborong primer atau pertama.
Apabila rantaian pengagihan barangan dilakukan terhadap pemborong kedua hingga
seterusnya, tidak ada lagi cukai yang dikenakan berbeza dengan pelaksanaan GST
yang mengenakan cukai dalam setiap rantaian pengagihan.
Walau
bagaimanapun, GST menguntungkan syarikat- syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang dikeluarkan masih belum terjual. Peniaga boleh menuntut balik geran yang ditawarkan daripada pihak kerajaan tetapi harga barangan yang
akhirnya sampai ke tangan pengguna akan menjadi lebih mahal kerana barangan
telah melalui beberapa peringkat cukai yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Hal ini sudah pastinya berlaku peningkatan kos pengeluaran kerana peniaga ingin memindahkan beban yang ditanggung kepada pengguna. Harga barang berisiko naik secara mendadak. Inflasi berpotensi berlaku.
Hal ini sudah pastinya berlaku peningkatan kos pengeluaran kerana peniaga ingin memindahkan beban yang ditanggung kepada pengguna. Harga barang berisiko naik secara mendadak. Inflasi berpotensi berlaku.
Spesifikasinya
lagi ialah inflasi tolakan kos, iaitu proses di mana kenaikan tingkat harga
umum yang disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran semasa ekonomi mencapai guna
tenaga penuh. Kenaikan kos pengeluaran berlaku akibat daripada kenaikan bahan
mentah dan upah buruh.
I’m of
the opinion that the opposite party tidak akan menghentam (bash) sebarangan
terhadap usul yang baik. Mereka praktikal untuk membantu kerajaan demi
melahirkan Malaysia yang lebih baik. Minta maaf, bukan mahu berdakyah. Aku
neutral, sokong mana yang baik untuk kesejahteraan rakyat. (umur pun belum cukup
nak mengundi tahu). - -’
In
Fact..
Menurut
Rafizi Ramli merangkap Pengarah Strategi PKR, penerangan yang dilakukan oleh
sesetengah pihak untuk menggambarkan pelaksanaan GST, akan berlaku penurunan
yang banyak sedangkan SST yang kononnya dikenakan sebanyak 16% akan menjadi 6%
apabila GST diperkenalkan. Ia diulang- ulang seolah- olah berlaku penurunan
kadar cukai yang tinggi, itu ternyata tidak betul.
Tetapi
pelaksanaan GST ni seperti menafikan hak golongan bawahan sehingga kami diberi
layanan yang sama rata dengan golongan yang kaya raya untuk membayar cukai yang
sama. Di manakah kewajarannya?? True indeed, cukai yang dikenakan terhadap
barang yang dibeli. Tapi majoriti keluarga yang berpendapatan rendah dan
sederhana mempunyai tanggugan yang ramai sekiranya hendak dibandingkan dengan
orang yang kaya raya. Heh!!
Berapa
ramai yang mengelak daripada membayar cukai dan isytiharkan harta yang sedikit
supaya pengenaan cukai pendapatan mereka adalah rendah, kebiasaannya isu ni
melibatkan para peniaga yang kaya raya. Sebilangan besar rakyat Malaysia tidak
menjelaskan cukai pendapatan. Kerajaan rugi besar dalam sudut itu. Cukai yang
dipungut adalah untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan demi kesejahteraan
rakyat.
Fungsi
cukai lansung yang terdiri daripada komponen cukai pendapatan penseorangan dan
cukai pendapatan syarikat digunakan untuk pembiayaan perbelanjaan kerajaan
seterusnya merapatkan jurang agihan pendapat masyarakat. Cukai yang dikenakan berperanan sebagai suatu
mekanisme agihan pendapatan di mana yang
kaya akan menanggung yang miskin.
Pro
GST>>
GST
tetap ada kebaikan dia.. GST dapat atasi masalah rakyat mengelak dari membayar
cukai yang berlaku dalam SST. SST tidak cekap dari segi kutipan dan pengurusan.
Berlaku banyak penipuan dan ramai individu lari dari membayar cukai. Itu
sememangnya berlaku.
Pelaksanaan
GST mampu merekodkan setiap pembelian kerana sistem ini diaplikasi terus
menggunakan sistem komputer. Jadi tiada seorang pun yang terlepas dari membayar
cukai.
Kerajaan mengatakan
bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan,
seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai
sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan terdapat isu-isu harga pindahan
berlaku.
GST
bakal dilaksanakan pada April tahun hadapan yang dimulakan dengan kadar 6%.
Kadar tersebut adalah paling rendah sekiranya hendak dibandingkan dengan negara
maju sehingga 21% seperti Norway. Err, tu status negara maju. But, it’s
possible jugak kan.
Apabila
GST dilaksanakan, hanya 10% barangan dan perkhidmatan sahaja yang berlaku
kenaikan harga, manakala 40% pula berlaku penurunan harga dan 50% lagi adalah
remain, tidak berubah. GST bukan sahaja cukai barang dan perkhidmatan malah GST
turut dikenali sebagai cukai kepenggunaan.
Masih
banyak barang yang diberikan pengecualian seperti barang asas isi rumah iaitu
minyak dan beras, malah terdapat juga perkhidmatan kerajaan seperti sekolah,
hospital dan perumahan yang dikecualikan daripada membayar cukai.
Sharp perspective (jatuh cinta dgn ulasan beliau)
Dipetik daripada
ulasan Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas),
Wan Saiful, “secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab
bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing.
Tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. Perkara ini
pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena
bayar".
"Walau bagaimanapun,
dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST ini bagus
dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah
yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak
wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar
cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang
akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada
kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada
rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang,
demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif".
Menurut beliau lagi "Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana
daripada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar
cukai, maka boleh dikenakan tindakan. Kalau
nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan
mencuri sedikit sahaja sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai
halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya. Tapi kedua-duanya adalah
proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan
cara paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan
juga sebab kalau tak bayar, masuk penjara".
"Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting
rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan kerana
ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa
proses pembayaran cukai ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab
sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua perkhidmatan awam yang
kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan".
P/S: Dengan harapan,
penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada pembaca yang
merupakan consumer iaitu pengguna juga. Sekiranya terdapat kesilapan fakta,
janganlah sue saya. Saya budak baru belajar. Niat saya baik tau, supaya kita
faham apa itu GST. Ekeke :D entry ini sekadar pendapat dan berlaku sedikit
pengolahan daripada sumber- sumber interaktif.
I’ve been called to
share this kind of knowledge because of my ignorance about this hot issue
before. I do research and finally I can understand quit well about it. I lead
the way with posting this entry so that all of you are not distracted anymore.
Okay?
0 comments:
Post a Comment