Selfie? Binatang apa tu? Okay, maybe some of u are
getting used with this word but some might be not.. selfie tu maksudnya ambil
gambar sendiri.. 0.0 Saintifiknya ialah gambar diambil sendiri menggunakan
telefon bimbit dan dimuat naik ke laman sosial.. get it? Hihi.. Okay, kenapa
pula aku sibuk- sibuk nak post perihal remeh yang semua orang buat including
myself ni.. haiyoo.. Urm, tak sangka benda alah ni boleh jadi sebagai topik
dominan kan.. Takpe, kita teroka perlahan- lahan okay.
Tahu tak, tahun 2013 dikenali sebagai tahun selfie
sebab fenomena ni. Masyarakat sekarang diserang dengan fenomena selfie atau
mengambil gambar sendiri untuk dikongsi dengan rakan di laman sosial. Plus,
kecanggihan teknologi dan kewujudan smart phone serta digital camera menyebabkan
selfie yang menampilkan banyak aksi dan mimic muka terus menjadi kegilaan
setiap lapisan masyarakat. Bukan setakat selfie je yang wujud, macam- macam
bentuk ayat yang muncul seperti helfie pose dengan hair style, welfie yakni pose
ketika sedang bersenam, belfie iaitu pose yang tampil dengan bahagian belakang
tubuh dan shelfie memaparkan aksi dengan perabot..
Okay, bukan saja je aku post perihal ni tanpa
sebarang tujuan kalau tak melibatkan batang hidung sendiri. Kita ambil
pendekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut okay. Seorang pakar dalam
bidang sosial menyifatkan selfie sebagai revolusi untuk mengumpulkan maklumat
autobiografi mengenai diri sendiri dan orang sekeliling. Dia juga memberitahu
bahawa selfie merupakan medium terbaik untuk menampilkan diri secara semula
jadi.
Tapi ada juga pihak yang berpendapat selfie
sebenarnya mewujudkan budaya narsisisme iaitu keadaan individu yang terlalu
memuja atau mengagumi diri sendiri. Istilah tersebut dikatakan berasal daripada
mitos Yunani mengenai seorang lelaki bernama Narcissus yang jatuh cinta dengan
bayang- bayangnya sendiri. Pakar dari Amerika juga menyifatkan orang yang
melakukan selfie terutamanya dalam skop makanan, jelas ketara mengalami gangguan physcology. Ni yang
nak marah ni.
Penulis dari Amerika menyifatkan selfie tidak ubah
seperti pertandingan yang mengejar populariti di sekolah tinggi.. tapi aku tak
menolak kenyataan yang bersifat kritikan dan sarkastik itu. Tambahnya lagi,
media sosial menjadi medium utama bagi remaja memaparkan aksi pelik dan comel
semata- mata untuk menarik perhatian rakan sebaya. Kebanyakkan mereka
mempamerkan sikap bangga diri individu terutama jika mereka mempunyai paras
rupa yang cantik.. Nak sentap boleh dipersilakan sekarang.
Ada yang beranggapan mereka lebih menyayangi diri
sendiri dengan adanya selfie. Entah, pendapat orang kan. Tapi ada je yang
menyatakan mereka seronok ambil gambar sendiri. Komen yang sebati dalam diri
selfie.. kan? Semakin jelas menunjukkan budaya narsisisme makin menular di seluruh
dunia. Ada je yang kata wujudnya selfie ni sebab takde keyakinan diri. That’s y
cuba expose dalam sisi lain. Wallahualam
Kajian
penyelidik di Britain mendapati terlalu banyak berkongsi gambar selfie boleh
merosakkan hubungan dengan dunia sebenar. Perkara yang membimbangkan apabila
ada pihak cuba mengeksploitasi mana- mana gambar untuk tujuan porno..
nauzubillah, khuatir pula mendengarnya. Tapi feedback yang diterima berbeza
oleh anak- anak muda, mereka kata laman sosial boleh merapatkan hubungan yang terjalin.
Apa pun, tepuk dada tanya selera. Niat tu penting..
Selfie ni
ada juga kebaikan antaranya sebagai agen penyelamat bagi orang desperate yang
perlukan bantuan.. seorang yang cedera parah di Kentucky terselamat apabila
post gambar selfie yang berlumuran darah di internet untuk meminta bantuan.
Malah, ada juga pencuri yang mencuri smart phone seorang wanita berjaya dikesan
kerana gambar yang diambil pencuri tu tersebar di laman sosial wanita
berkenaan. macam- macam kan?
Tepuk
dada tanya selera.. apa niat anda? Jika ditanya pada aku, tiada tujuan lain melainkan untuk tampak cantik. Damn
answer.. cantik ke? Terpesong.. kalau exam tu guarantee takde dalam skema dan
fail.. ingat, cuba kita jauhkan diri dari sifat bangga diri, riak atau sombong.
In sha Allah, nasihat untuk diri dan kalian. Ingat, sombong itu sifat Allah,
ibarat selendang Allah. Bukan kita iaitu manusia yang serba lemah dan
kekurangan. Cuba muhasabah balik, check mana yang lemah dan baiki. Kita cuba,
takpe kalau masih fail tu anda masih dalam ruang percubaan.. Semangat tu yang
penting. Kalau niat tu betul, dah bagus dah.
0 comments:
Post a Comment