Saturday, March 15, 2014

PRAY4MH370



“The massive air and sea search enter a week now failing to find any trace of the jetliner”




Remember that every single thing happens has been decided by the Almighty God.
Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan untuk menemui semula pesawat MH370 yang hilang. Apa-apa pun tak mustahil dengan kuasa dan iradatNya. Kita berdoa dan tawakkallah. InshaAllah banyak ibrah yang boleh kita ambil dari peristiwa ni. Haadza min fadhli rabbi."


Ya Allah, jadikanlah insiden ini sebagai asbab kepada kami untuk kembali kepada-Mu. I couldn’t say anything.. It’s a tragic incident that might make everyone’s crying and realize 1 thing that all of us will die someday.. So, together we keep praying for all the victims and pray for ourselves too so that we will be invited by Him in  khusnul khatimah which is in a good condition, and away from suul khatimah which is in bad condition.. together we are. in sha Allah!


# To the family of the air craft victims, never stop praying and be positive (redha) as Allah s.w.t has tested your iman.  (maka beruntunglah orang- orang yang bersabar)
Even though we're still not getting any clues about the missing air craft, we always pray for the ultimate series that bring to the happiness.. ameen

>>kami menanti dengan penuh harapan yang menggunung tinggi<< :'(
Tuesday, March 4, 2014

Sufficient



Tidak perlu memiliki segalanya untuk menjadi bahagia
cukup jadikan apa yang sudah kita miliki
 sebagai alasan untuk bahagia

“Lihatlah orang yang berada di bawah kalian
 dan jangan melihat orang yang di atas kalian
kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas
untuk kalian tidak meremehkan nikmat 
yang Allah limpahkan kepada kalian.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


“aku melihat penderitaan dalam mata mereka,
tetapi mereka membalas dengan pandangan yang penuh
dengan sirna pengharapan yang membahagiakan”


“Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
serta hendaklah kamu mengagungkan Allah
 atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,
supaya kamu bersyukur.”
(QS. Al-Baqarah : 185)


Aku terpukul, sesak dada menahan air mata..
insaf bila memikirkan kecekalan mereka
adakah rasa indah ini akan bertahan
(kelazimannya aku gagal)


Mereka insan hebat!
ikhlas hati dengan jalan yang dilalui
aku kagum sendiri T.T
lantas, bersyukur dengan nikmat
yang dikecapi pada hari ini


“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolong kepada Allah, janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,”kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Sunday, March 2, 2014

Willing!


“Redha itu pasrah, Pasrah itu menyerah”
Kesanggupan individu dalam menggapai sesuatu yang
dihajati itu suatu fenomena yang lumrah.
Namun, usaha gigih dan berterusan itu yang mengklasifikasikan
 kesanggupan individu berkenaan sama ada menjadi biasa atau luar biasa.
Cetusan daripada pengalaman yang dilalui sekadar untuk berkongsi.
Allah itu ada! Justeru itu, serahkan sebahagian pengharapan
 yang menggunung tinggi kepada- Nya.
Agar kita tidak terus berkelana,
 bersedihan apabila diuji dengan kehilangan.

“beruntungnya kita masih Islam”
Erti kesanggupan menjadi teman 
Hidup ini merupakan perjuangan.
Andai tersungkur bersegeralah bangkit sekalipun bertahan.
 Minta dipinjamkan sedikit kekuatan.
Namun, insan- insan yang mendambakan kasih
 masih mencari- cari sirna kebahagian.

“Mereka bukan seorang Islam!” T_T
Adakah hidup mereka akan menjadi sia- sia
 untuk kehidupan sekarang dan akan datang.
Bersama- sama kita mendoakan untuk
guru- guru, rakan taulan, jiran tetangga mahupun kenalan jauh.
Agar dibukakan pintu hati untuk
menerima hidayah Allah.

“Hidayah itu milik Allah”
Bagaimana kasihku kepada mereka,
hanyalah terbatas sebagai kasih kepada manusia.
Tidak, tidak akan lebih daripada itu.
Ayuh kita mendoakan agar
kasih itu terus bercambah.

 Menilai Hakikat
“Barangsiapa yang Allah kehendaki,
maka akan diberikan kepadanya petunjuk,
nescaya Dia akan melapangkan dadanya
untuk (memeluk agama) Islam.
dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya
nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,
seolah-olah ia sedang mendaki langit.
Begitulah Allah menimpakan seksa kepada
orang-orang yang tidak beriman.”
 (QS. Al-An’am : 125)


Small Turnado as A Hint



Turnado atau puting beliung ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus iaitu awan yang padat. Turnado sering melanda kebanyakan negara di Eropah. Tapi kejadian ini bukan di Barat, sebaliknya berlaku di sebuah pinggir bandar, di selatan sebuah negara yang terletak di kawasan geostrategik which is Malaysia. Hehe, saje je nak gempak. Kejadian ni lebih tepat lagi berlaku di dalam kawasan sekolah dalam daerah Tanjong Kling, Melaka. Exactly, SMK Seri Tanjong iaitu sekolah patik. Okay, sabar. Jangan ribut- ribut, just a small turnado happened last year. Yeah, jatuh pada tarikh yang sama dengan aku post entry ni.

Alhamdulillah, tiada sebarang kemusnahan prasarana mahupun nahas korban yang terlibat. Turnado kecil je. Jangan khuatir sangat. Jatuh pada hari Jumaat. Kisah benar. Pengalaman yang aku lalui. Harap kalian ambil iktibar. Tamat P&P, pelajar mula mengatur langkah untuk memilih haluan masing- masing. Aku seperti biasa, lalu padang, memandangkan blok PPU iaitu blok tingkatan 6 begitu dekat dengan kawasan padang. Plus, my housing area are heading to the backstreet.

Waktu tu, padang ketandusan air dan mengalami kekeringan. Rumput- rumput terkena sesumpah, semua jadi kering kekuningan. Cuaca pada waktu tu sangat kering dan berangin. Sama dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Kita dikejutkan dengan catuan bekalan air. Masing- masing mengeluh. Kuasa Tuhan hendak menguji rakyat Malaysia. Aku harus bersegera sebab aku masih belum pack barang- barang untuk ke kem kepimpinan pada petang tu.

Aku mengorak langkah keluar untuk menuju ke gate belakang. Sewaktu aku meninggalkan jejakku di belakang, pusaran angin kecil tak menjadi sedang bermain- main. Aku tersenyum lantas memuji keunikan fenomena comel tu. Terasa berada di Egypt pulak ada ribut pasir kecil, tapi mini je lah versi newbie, nope feotus version. Then angin menjadi semakin kencang. Pusaran angin tadi semakin laju dan terus laju membawa plastik sampah dan dedaun kering yang menghala ke arah yang tidak tentu. Ya Allah, fenomena yang tidak pernah terlintas di fikiran. Aku ketakutan kerana cuma aku sahaja yang berada di tengah padang. Pusaran angin tu semakin aggresif dan membesar. Aku mencari kelibat pelajar lain. Allah, cuma aku seorang di tengah padang tu terpinga pinga.

Ada segelintir pelajar sudahpun keluar dari perkarangan sekolah dan rakan- rakan lain masih jauh tinggal di belakang, baru menapak keluar dari blok. Kenapa aku begitu awal. Aku sememangnya seorang yang suka bersegera. Aku tidak tahu mana yang harus aku tuju. Debu- debu berterbangan sudah mula menghampiri. Sungguh aku mahu menangis kerana ketakutan, tambahan aku malu kerana aku begitu yakin dan pasti ada sesuatu yang aku lakukan mendapat balasan yang setimpal dan segera. Is it karma? Bukan karma tapi balasan Allah.

Aku berlari anak tanpa dapat berfikir waras. Tetapi pusaran angin itu mengikuti. Subhanallah! Aku begitu takut. Seluruh badanku mengeletar. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah, rintihku dalam hati. Aku serahkan semuanya kepada Allah, yang maha mengetahui. Akhirnya pusaran angin tu menghala ke arah blok yang tinggi dan tiada lagi. Kawan- kawan berlari mendapatkan aku. Mereka begitu khuatir. Ada juga pelajar- pelajar junior dari blok lain perasan dengan insiden tu, mereka juga cemas.

Sepanjang jalan aku muhasabah, cari kekuatan. Kenapa mesti aku? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiran. Ye, mungkin engkau ada berbuat silap dan angkuh, ingkar untuk meminta ampun kepada-Nya. Tapi sepanjang hari ni, tiada pula, mungkin insiden- insiden lepas barangkali. Alhamdulillah, aku terpilih untuk menikmati keindahan insiden itu. Betapa besarnya keangungan-Mu. Terima kasih ya Allah, Engkau telah menyedarkan aku dari terus dibuai mimpi dunia.

Setibanya di rumah, aku terus berlari mendapatkan ibu. Aku cerita insiden yang menimpa diriku dari A-Z, awal sampai akhir sambil menangis. Ibu beri nasihat supaya lebih berhati- hati and seek for His forgiveness. Kadang- kadang kita tidak perasan dosa yang kita lakukan. Tapi jauh jahilnya aku, aku menyedari setiap perbuatan terkutuk yang aku lakukan. Aku dalam keadaan sedar setiap perkara yang aku lakukan walaupun perkara tu salah dan tidak menguntungkan.

Ahh, teruknya sikap hamba-Mu ini, ya Allah.. ampunilah aku ya Allah. Aku sering mengabaikan-Mu dan tidak meletakkan Engkau di tempat yang selayaknya dan utama dalam setiap tindakanku. Murnikanlah niatku dalam segala tindakan, semoga niat aku ikhlas, bersih semata- mata kerana-Mu. Sentosakanlah ketakutanku dan segala rusuhan yang bergelora dalam jiwaku ini ya Allah. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpahkan kurniaan yang tidak ternilai, pemberi nikmat. Terima kasih ya Rabb!  
Friday, February 28, 2014

Keep Going!



“Tiada aib yang kutemukan dalam diri manusia, melebihi aib orang-orang yang sanggup menjadi sempurna, namun tidak mahu menjadi sempurna.” 

Janganlah anda mengira masuk “Jannah” atau syurga-Nya itu mudah diraih disebabkan anda telah Muslim…!!! Wallahu a’lam bish-shawabi…
(hanya Allah yang Maha tahu Kebenarannya)

Catatan ini ditujukan buat diri khususnya…
dan untuk semua pembaca pada umumnya…
Jika terdapat kesalahan dan kekurangan di sana-sini dalam catatan ini…
Itu hanyalah dari diri yang lemah ini…
dan kepada Allah SWT, aku mohon ampun…


Marilah kita berdo’a kepada Allah SWT :
Ya Rabb kami, ampuni kealpaan, kelalaian, ketidak-tahuan
dan ketidak-fahaman kami selama ini…
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan menuju syurga-Mu…
Sesungguhnya kami hanyalah manusia biasa yang tidak lepas
dari tempatnya lupa dan salah…
Dan sesungguhnya kesempurnaan hanyalah milik-Mu…
Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk kita amalkan… 
dan manfaatkan serta kita ambil hikmahnya…
Amin ya Rabbal ‘alamin…

Wednesday, February 12, 2014

Survival


“Everyone can create an unexpected phenomena towards the others”




Assalamualaikum w.b.t:
Survival has brought a wide definition towards everyone. 
Survival is the struggle to remain living. Survival really needs a patience, sacrifice and excitement. I’ve inspired by the people around me. They have a passionate to go through every single journey  of their life with happiness even they face difficulties. Their spirit to share their own survival has proven despite they face a failure in many times. They never let the chances go free without they grab it with their own efforts.


I've found that luck is quite predictable,
if you want more luck, take more chances

As I was running to the petrol station for the job interview, I’ve noticed a lady about late 20s was standing alone and looking spotless. She stared into blankly. I just guess that she’s also in the same shoes like me, waiting for the job interview. Okay, sambil tarik nafas panjang khuatir lambat,  aku masuk ke kedai serbaneka Mesra. Rupanya manager kat situ masuk jam 12. Aku awal sejam. Kakak yang kerja shift pagi buat panggilan beritahu interview pukul 11. Ohh, sabar je la wahai hati. Cis, penat je aku marathon dengan kemeja. Tapi takpe, angin dan cuaca yang dingin membuatkan aku begitu teruja untuk menunggu. Aku keluar dan duduk di ruangan yang disediakan di bahagian tepi station. Tiba- tiba kakak tadi tu tegur.

“interview kerja”, nada penuh dengan slanga Indianya
“A’ah, akak interview jugak ke?” aku menjawab soalan dengan soalan sambil tersenyum.

We had a long conversation about everything. Aku kan suka bertanya soalan yang macam- macam. Aku pun tak tahu reaksi kakak tu dalam hati. Nampak gayanya, dia memang memerlukan rakan untuk berborak. Nah, I was there to be your companion. Okay, rupanya dia seorang India muslim, convert to Islam 2 tahun sudah. She has a child, boy, 3. She’s 38 actually. Hahaha..wrong interpretation. She’s a single mum that just a week has moving from Balai Islam, Melacca City area to the rental house nearby. Aku bersimpati dan cuba lagak memahami. Hakikatnya, cuma insan yang menanggung, dapat merasai keperitan sebenar. Aku sekadar menjadi pendengar dan berharap kewujudan aku dapat mengurangkan tekanan yang kakak tu hadapi. Mudah- mudahan..

Melalui cara dia, aku tahu dia sangat memerlukan wang. She pretended to act cool, but the way she talked to me, she really need the job badly. Aku cuma berdoa kepada Allah, semoga kami akan diterima bekerja, kalau vacancy tu cuma 1 je yang available, she deserved than me. Aku muda lagi, kerja mana- manapun tak kesah. Kebetulan aku pun ada apply 3 tmpat kerja. Plus, aku cuma cari duit poket untuk perbelanjaan belajar kelak. Aku apply kerja ni pun sebab dekat dengan rumah. Saje cuba nasib. Differ from her situation, she needs money for survival, for her son. All responsibilities on her shoulder.

Aku impress dengan jalan yang dia lalui. Alhamdulillah, dia menerima sirna hidayah untuk memeluk agama suci ini. Pemakaian dia membuktikan dia sememangnya begitu menjaga personaliti sebagai seorang muslimah. Aku pula yang malu sendiri.hehe. Tujuan aku post entry ni sememangnya berminat untuk ketengahkan self survival. Macam mana sukar jalan yang kita lalui, pasti ada jalan keluar yang menuju kejayaan. Tapi dengan syarat, turn to Allah as He is the almighty God.

Kita tak perlu jadi hebat untuk mendapat pujian daripada orang lain. Tapi betapa hebatnya kita kalau kita dapat menjadi inspirasi kepada orang lain. Menjadi penyumbang semangat untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan. Berbekalkan semangat dan ketabahan, kita harus harungi jalan yang sukar. Dia tak perlu buktikan apa- apa pada dunia, sebab dunia sudahpun mengagumi dia. Soal tagih simpati, jauh sekali. Alhamdulillah, Balai Islam, badan yang protect saudara baru banyak membantu..

Tambahan kos sara hidup yang tinggi pada hari ni. Aku ambil contoh kakak India Muslim tadi. Kakak tu sedar dia harus bangkit dan tidak mengharap ikhsan orang lain. Dia sememangnya perlu bekerja untuk membaiki taraf hidup yang lebih baik untuk diri dan anaknya. She need to support all the expenditures. Moreover, rezeki tu ada di mana- mana. Kerja tu ibadat, buat apapun adalah ibadat asalkan disulami dengan niat yang ikhlas. In sha Allah, rezeki yang mencurah- curah aku doakan buat kita semua.

Aku harap entry ni dapat dijadikan inspirasi kepada kalian untuk corak apapun yang terbaik untuk diri kalian. Jangan kita mengalah dan menyalahkan takdir. Sirna kebahagiaan untuk kita, Allah dah reserve awal- awal untuk insan yang tabah dan pasrah dengan ujian-Nya. Kita kena bangkit, sebab hidup ni perjuangan. Kitalah decide yang terbaik untuk diri kita. Sebab hidup ni umpama pengembara yang mencari sesuatu yang begitu bernilai di dalam kisah pengembaraan.

Everyone can survive. Ketahanan diri yang jitu dan semangat yang kuat mendorong kejayaan seseorang. Insan sekeliling, beri semangat dan dorongan supaya mereka  tidak kesunyian. Aku sungguhpun tidak dibebani dengan cabaran yang kuat seperti yang dilalui oleh orang lain, aku sering tewas untuk bangkit. Semangat survival yang kurang dalam diri, jadikan aku seorang yang lemah dan mudah menyerah. Tapi bila melihat penderitaan individu yang jauh lebih hebat harungi dugaan yang dihadapi, aku harus bersyukur dan positif dalam setiap jalan yang aku lalui. Aku kena kuat macam mereka. Semangat yang dipinjam tu, harus aku gunakan dengan sebaik mungkin.

# entry yang diperam lebih 3 minggu. Alhamdulillah, aku sudah memperoleh pekerjaan yg lebih baik di tempat lain.